Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Menghantar Si Bongsu Ke A Famosa Resort D'Faro Villa, Melaka

Menghantar Si Bongsu Ke A Famosa Resort D'Faro Villa, Melaka

Menghantar Si Bongsu Ke A Famosa Resort D'Faro Villa, Melaka. Reunion untuk batch 2007 MRSM Mersing, untuk student lelaki sahaja! Tahun lepas depa buat kat Desaru iaitu sebelum result SPM keluar. Tahun ini di Melaka pulak. Lepas ini entah bila dia orang akan bertemu lagi. Hanya masa yang akan menentukan..

Sebelum si bongsu nak fly, ada banyak aktiviti dia yang kita orang dah plan dan dia pun ada rancangan tersendiri. Antaranya;

1. Ziarah sedara mara 
2. Dia nak bertemu ex-guru di MRSM Mersing & Kolej Matriks Johor, 
3. X-ray & full medical checkup
4. Beli peralatan & pakaian baru yang sesuai
5. Bali stok makanan yg boleh di bawa
6. Mengemaskini rekod sijil-sijil persekolahan yang akan dibawa
7. Persediaan stock supplement yang perlu di bawa
8. Dan senarainya masih berterusan lagi...


Info Yang Anda Cari:

Menghantar Si Bongsu Ke A Famosa D'Faro Villa, Melaka


Perjalanan pada hari jumaat yang agak tenang. Selepas berehat dan makan sekejap RnR Pagoh, kami bergerak pula ke Melaka. Kami bayar tol di Simpang Ampat dan keluar menuju ke villa yang jaraknya cuma 10 minit dari tol.



Bayaran tol dari JB-Simpang Ampat adalah RM22.55. Sebelum itu sewaktu sampai di Jasin , kenderaan bergerak perlahan kerana ada kerja-kerja construction sedang dijalankan. 


Akhirnya pada pukul 2.50 petang kami sampai di hadapan D'Faro Villa tempat anak bongsu akan bermusafir, reunion dengan rakan-rakannya. Villa ni ada swimming pool, mengandungi 4 bilik dan 2 bilik air. Ada mezzanine floor yang memuatkan satu katil.

Ada juga rakan-rakannya yang drive sendiri, samada dengan motor dan kereta. Anak kami - biarlah berhantar dan berjenput.. hati rasa lebih lega.


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Tampin. Kami menginap 2 malam di Caspari Hotel Tampin, yang jaraknya cuma 12 minit dari A Famosa Resort D'Faro Villa. Malas nak ulang alik JB - Melaka kan, baik lah berehat di Tampin. Sambil tu boleh jalan-jalan cari makan.

Review hotel? Biasa saja, 2 malam kami booking di Agoda, berharga RM343 (kalau tak silap). 😅😅. Yang penting ada tempat tidur, mandi dan senang nak solat.

Itu lah ceritanya tentang reunion si bujang bongsu kami. Hmm.. tengah menghitung hari akan berpisah dengannya mulai 20 September 2026 nanti.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Semoga bermanfaat - share kepada ramai orang agar manfaatnya lebih luas. Thank you - aynorablogs.com🥰

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Previous Post Next Post OLDER «

Main Menu Bar

Advertisement