Bila terkena microsleep, seseorang tertidur seketika yang terjadi secara tiba-tiba dan tanpa disedari, selama beberapa ketika hingga setengah minit (1–30 saat).
Info Yang Anda Cari:
Tanda-Tanda Anda Ada Mikrosleep
Menurut Keenterian Kesihatan Malaysia (KKM), microsleep adalah keadaan dimana kita akan tertidur untuk 1 saat hingga 30 saat tanpa kita sedar. Microsleep yang terjadi terutamanya sewaktu memandu sangat merbahaya kepada Keluarga dan juga diri sendiri.

Tanda-Tanda microsleep:
1. Tersengguk-sengguk
2. Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
3. Mata terkebil-kebil
4. Tatapan kosong
5. Lupa kejadian di waktu-waktu terakhit
Faktor-faktor berlaku microsleep
1. Kurang tidur
2. Terlalu penat
3. Jadual tidur yang tidak menentu
4. Badan cuba nelawan rasa mengantuk
Cara pencegahan microsleep
1. Jangan memandu jika mengantuk
2. Dengar radio
3. Bertukar pemandu, jika ada pemandu kedua
4. Rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan
5. Berhenti seketika untuk tidur, dalam 20 minit
6. Berbual dengan teman sepanjang perjalanan
7. Tubuh badan digerakkan @ bersenam ringan
8. Mengambil vitamin atau kopi
Memang memandu dalam perjalanan jauh agak memenatkan dan membosankan. Manakala, jika tidak memandu, tiada siapa pula yang menghantar kita ke tempat yang nak dituju. Jadinya, jika anda terpaksa memandu ke satu destinasi yang jauh, pastikan anda telah berehat secukupnya. Sesekali berhenti di RnR, basahkan muka, minum air dan baharulah mulakan pemanduan.
Semoga anda dapat pergi dan kembali dengan selamat.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


4 Comments
pernah kena beberapa tahun lepas sebab tak dapat tidur berkualiti malam hari ada masalah dalam hidung asik tersedak masa tidur, alhamdulillah sekarang dah okey. perjalanan 30 minit boleh terlelap dua kali gak masa tu. memang bahaya
ReplyDeleteAlhamdulillah, sekarang dah sihat walafiat..
DeleteMasa berulang kerja drive 30mins sehala dulu pernah sekali pengalaman micro sleep. Tapi mujur masa tu Allah masih bagi peluang. Kalau tak rasanya either bertembung atau terbabas.
ReplyDeleteAllah masih sayangkan Cie, alhamdulillah
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.