Kalau korang ada anak-anak yang bakal berangkat belajar ke luar negara, memang kena banyak standby ongkos untuk belanja sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Kena sabar sikit, keluar duit macam air ya.. kami dah 2 kali mengaut pengalaman tersebut. Memang poket kena kental.. 😅😅

Info Yang Anda Cari:
Misi Mencari Kasut Dan Baju Sejuk Di JPO
Kami masuk ke kawasan parking JPO pada pukul 10.15 pagi. Orang sudah mulai ramai dan kebanyakan plat kereta adalah dari negara jiran kita.
Saya sajikan pemandangan random di JPO seawal pagi untuk pembaca blog ini.








1. Baju Sejuk Dari Universal Travellar





2. Kasut Sukan Dari New Balance
Beli 2 pasang kasut untuk si adik dan sepasang untuk abangnya. Al kisah ada promosi buy 2 free 1. Maka jadilah kami beli kasut 3 pasang sekaligus. Abangnya tak ikut ke JPO, kerana berjumpa dengan kawannya. Kami bertiga saja. Masing-masing kasut saiz 11/12 UK. Susah nak cari taw.. masuk Sketchers, adidas.. semua kasut tak ngam dan ketat. Akhirnya New Balance juga tempat kami berhabis.. hehe



3. Lunch di Restoran Absolute Thai
Absolute Thai memang tempat kebiasaan kami makan bila ke JPO. Dari dulu sampai sekarang En suami mesti order green curry. Saya pulak asyik Thai Coffee 3 layer. Kopi dia pahit dan gelap. Pahit pun habis saya minum. Keseluruhan rasanya biasa-biasa jer..





Untuk segala macam misi mencari baju sejuk dan kasut sukan serta makan tengahari kami berbelanja:-
1. Baju sejuk & travel adapter - RM478-60
2. Kasut sukan, 2+1 - RM879-00
3. Lunch - RM199-95
Jumlah keseluruhan perbelanjaan hari ini - RM1,557-55
Inilah orang kata kos melepas untuk menjadikan anak kita seperti apa yang dia mimpikan dan cita-citakan pada 5 tahun mendatang. Kali ni bigboss pulak keluar modal.
Ada lagi barang-barang si bongsu yang belum dibeli, antaranya tali pinggang, tukar duit USD, microphone, sandal dan juga rempah ratus kering/ perencah masakan.
Esok lusa kita cari lagi, sampai lengkap listing dia.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


5 Comments
Betul² belanja barang² musim sejuk mmg makan belanja sket laaa.... lama nya x jejak JPO....suka beli baju winter kat UT mcm2 kaler haha..
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah anaknya dapat sambung pelajaran di luar negara. In sya Allah pelaburan mama dan papa untuk anak-anak belajar ini banyak pahalanya. Baju sejuk di UT banyak yang lawa-lawa kan
ReplyDeletealhamdulillah selesai juga satu persatu persiapan. Semoga segala urusan anak bongsu sis Aynora untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dipermudahkan dan berjalan lancar. Memang berbaloi tunggu promosi buy 2 free 1 kat New Balance tu.Beli kelengkapan nak hantar anak belajar memang terasa pengalirannya, tapi betul kata sis, demi cita-cita dan masa depan anak. Moga ada rezeki melimpah-ruah lagi selepas ni. Selamat melengkapkan baki checklist barang yang lain ye...
ReplyDeleteWah... saya tak pernah sampai JPO. Betul, sedangkan anak nak sambung belajar IPTA pun kena keluar duit banyak, inikan pula nak sambung ke luar negara. Semoga dipermudah urusan melengkapkan barang keperluan si bongsu sebelum berangkat.
ReplyDeleteBtw, blog ini automatik reload sebelum submit komen, jadi hilang masa pertama taip. Huhu..
Semoga dipermudahkan nak buat persiapan tu.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.