Minggu ni sempat dah berkebun, mencantas, memindahkan anak pokok ke pasu baru dan menabur baja. Alhamdulillah, pokok-pokok kembali hijau dan ceria 🌼🌼😍
Sedikit info, pokok duit-duit juga dikenali sebagai zamioculas zamiifolia (ZZ plant), iaitu sejenis pokok hidup untuk hiasan rumah, sesuai di tanam secara indoor. Korang tak jaga pun dia hidup.
Info menarik Juga >>>
Pokok Bunga Duit-Duit Bertunas Baru
Kita nak bercerita perihal pokok bunga duit-duit di kawasan garaj. Sebelum ni pokok duit tersebut hanya bertahan pada daun lama, tidak bertunas dan ada juga rasa macam nak mati.
Tapi kali ini, dia tumbuh tunas baru. Eh.. ada tunas rupanya. Ingat pokok plastik - itu gurau saya pada anak bujang. Kita orang ketawa gembira melihat pokok bunga duit-duit tumbuh tunas baru, bukan satu tapi dua. 👍👍
![]() |
| Entah bila tunas yang dah besar tu tumbuh, tetiba tengok dah naik tinggi. Tapi warna hijau muda dia menandakan itu adalah tunas baru berbeza daun lama yang berwarna hijau gelap. |


Alhamdulillah tunas baru yang dah kembang daun dan batangnya nampak semakin cantik dan tinggi.
Manakala, tunas yang baru tumbuh tu, comel je tegak lurus. Daun dia pun belum keluar. Pengalaman pertama kali melihat tunas pokok duit tumbuh di laman sendiri. Nanti kalau dah banyak tumbuh batang baru, kami akan pindahkan sedikit ke pasu lain. Maka, makin meriahlah pokok bunga duit tu di laman rumah. Insha Allah.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.