Rahsia Sujud Pada Pandangan Sains

Aynora
0
Rahsia Sujud Pada Pandangan Sains. Sujud secara amnya boleh dilakukan di mana-mana saja, jika rasa pening kepala pun saya akan melakukan perbuatan bersujud di atas katil atau karpet walau di luar waktu solat. Secara khasnya kita bersujud beberapa kali di dalam solat. Pada rakaat terakhir dalam sujud terakhir kita pun digalakkan berlamaan sikit di situ. Boleh berdoa meminta apa-apa yang kita perlu sangat, dengan berkata-kata di dalam hati. Kan Allah Maha Tahu & Maha Mendengar. 

Dalam al Quran, ada banyak surah yang menyebut tentang SUJUD, dan saya ambil satu dari Surah Al-Hajj Ayat 77:

"Hai orang-orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan."

Rahsia Sujud Pada Pandangan Sains

Rahsia Sujud Pada Pandangan Sains


Oleh kerana ada banyaknya surah di dalam al Quran yang menyuruh kita bersujud, kebaikan sujud dan manfaatnya terhadap kesihatan dan minda kita, maka kita baca pula kaitan sujud dari segi sains pula.  Mari baca perkongsian di bawah apakah rahsia sujud pada pandangan ilmu sains.

1. Dari sudut kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini dibuktikan saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud.

2. Ahli sains menemui ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Apabila bersujud, darah mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut.

Jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua-dua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Letakkan hidung dan dahi di atas tempat sujud.

Begitu juga dengan lutut serta jari kaki. Semua anggota itu menentukan sempurna atau tidak sujud seseorang dalam solat seperti yang diperintah­kan Rasulullah.

3. Antara hikmah lain sujud termasuk melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

4. Sementara bernafas ketika sujud boleh membetulkan kembali kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, melegakan sakit hernia (burut), mengurangkan sakit senggugut ketika haid, melegakan paru-paru daripada ketegangan dan mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

5. Selain itu, sujud dapat mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh, meringankan bahagian pelvis, memberi dorongan supaya mudah tidur, dapat menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung dan otot lebih kuat dan elastik supaya dapat memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
Info menarik Juga >>>
6. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit di bahagian berkenaan, mengurangkan kegemukan, memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.

7. Sujud yang lama juga menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah, padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

8. Dari sudut psikologi, sujud membuatkan seseorang hamba berasa rendah diri terhadap Allah dan dapat mengikis sifat sombong, riak dan takbur.

Alangkah indahnya setelah kita mengetahui betapa sujud itu begitu penuh dengan hikmah dan rahsia terutamanya dalam penjagaan kesihatan kita. Lagi bertambah pahala jika ia dibuat di dalam solat yang penuh khusyuk dan tawaduk...wallahua'lam...

#sumber : myMetro, Facebook, Twitter
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top