Info menarik Juga >>>
Kisah Beg Goodies Tertinggal Di Malaysia
Kisah goodies yang disediakan pihak konsultan untuk dia dan rakan-rakannya telah sengaja tidak mahu di bawa. Bukan tertinggal pun.. hehe, sengaja dia tak mahu bawa kerana bag dah penuh semuanya. Lepas seminggu baru kami sempat buka beg goodies beliau.
Bila kami buka, ada termos atas nama nya yang ditulis - Dr Naqib Hazzim. Bakal doktor untuk ummah ni, insha Allah. Ada juga pek bubur nasi, Maggie dan biskut.
Jadi, termos tu kami yang guna. Abang pun nama dekat-dekat, boleh je guna kalau diperlukan.


Cantik juga warna termos tu, warna cream selembut hatinya tetapi tegas di luarannya. Anak kami yang bongsu ni ada sedikit ADHD, agak teliti, kemas dan teratur. Dialah penjaga rumah, mengemas sampah yang perlu di buang, mengatur baju yang perlu di basuh dan banyak lagi.
Semoga bakal doktor ini terus cemerlang, sentiasa cerdas dan tidak berputus ada dalam perjuangannya nanti. Memohon agar Allah hantarkan Malaikat²nya menjagakan dia walau di mana beliau berada.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.