Aynorablogs | The Journey

Header Ads Widget

Bajet 2027 - Peruntukan SARA, STR 2027 Ditingkatkan Kepada RM16 Bilion

Advertisement
BAJET 2027 | Peruntukan SARA, STR 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion sebelum ini. Jika anda penerima bantuan SARA, STR seperti tahun-tahun sebelum ini, bantuan ini diteruskan dalam Bajet 2027. Walau tak banyak, ia masih dapat mengurangkan beban rakyat di negara ini.

Adakah peruntukan ini menepati jangkaan anda? Kebiasaan dalam pembentangan Bajet, kerajaan pasti akan cuba menawan hati rakyat, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Begitu juga dalam Bajet 2027. Perluasan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dapat merancakkan ekonomi peniaga kecil dan memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Pemberian bantuan itu sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ulang tahun kemerdekaan dapat membantu mengimbangi perbelanjaan isi rumah ketika keperluan keluarga lazimnya bertambah.
Info Yang Anda Cari:

Bajet 2027 - Peruntukan SARA, STR 2027 Ditingkatkan Kepada RM16 Bilion


Inisiatif kerajaan yang membolehkan rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menerima SARA MADANI RM100 sebanyak dua kali pada tahun depan turut disambut baik pengguna terutama dalam membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah.

Bajet 2027 - Peruntukan SARA, STR 2027 Ditingkatkan Kepada RM16 Bilion
Sumber - Buletin TV3

Dalam Bajet 2027 yang lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun yang akan memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima.

Secara ringkasnya, Bajet 2027 memberi manfaat kepada hampir 9 juta rakyat melalui bantuan berikut;

1. Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.

2. Penerima STR yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima SARA MADANI RM100 sebanyak 2 kali sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang kemerdekaan 70 tahun.

3. Kerajaan setuju penggunaan SARA kepada barangan segar Dan basah, yang boleh dibeli di 216 pasar tani atau pasar tamu di bawah FAMA seluruh negara.

Rujuk untuk senarai pasar tani FAMA >>>> Senarai pasar tani FAMA di seluruh negara


Sumber:

Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Advertisement
Info Yang Anda Cari:

Post a Comment

2 Comments

  1. Ringan sikit beban rakyat. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Gaji naik nanti semua harga barang akan naik. Tunggu & lihat macam mana lah kan.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.