Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Info Asrama Bagi Pelajar MRSM | Panduan Ibubapa

As-salam,

Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang sedang mengikuti pelajaran di MRSM, tentu ada perkara-perkara yang anda kurang jelas tentang apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ibu bapa dan pelajar itu sendiri ketika berada di asrama. 

Saya kongsikan beberapa jenis soalan yang sering kita tanyakan tetapi tidak tahu jawapannya. Semoga ianya dapat menjadi panduan kepada semua ibubapa di luar sana.

Info asrama MRSM


    
SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Berapakah jumlah bayaran pendaftaran yang dikenakan ?

Jumlah bayaran ialah RM 270.00. Jumlah ini ditetapkan oleh pihak BPM (Bahagian Pendidikan Menengah) MARA.

2. Berapakah jumlah yuran tahunan yang perlu dibayar ?
Jumlah keseluruhan ialah RM 720.00 setahun dan boleh dibayar secara bulanan iaitu RM 60.00 sebulan dan ianya dikenali sebagai wang caruman.

3. Untuk sementara, bolehkah anak saya memakai uniform sekolah lama? 

Dibolehkan sehingga pelajar memperoleh uniform MRSM sebelum bermula semester ke dua. Pakaian sekolah boleh diperolehi di Koperasi Maktab.

4. Bolehkah anak saya menggunakan dan menyimpan telefon bimbit (handphone) di asrama? 
Kemudahan telefon awam disediakan di kawasan sekolah untuk kemudahan pelajar. Penggunaan telefon bimbit adalah DILARANG sama sekali.

UPDATES!! Ada sesetengah MRSM telah membenarkan pelajar membawa handphone ke asrama dengan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi mulai tahun 2012.

5. Adakah buli/ragging berlaku di asrama/maktab? 

Tidak. Jika ada kes seperti ini TINDAKAN KERAS akan diambil.

6. Bolehkah anak saya tukar bilik Asrama?
Tidak. Penempatan adalah berdasarkan kepentingan menyeluruh.

7. Bolehkah ibu bapa pergi melawat ke bilik anaknya?

Tidak. Keluarga pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama .

8. Selamatkah anak saya tinggal di asrama?
Keselamatan pelajar terjamin dibawah pengawasan pengawal (rondaan dilakukan setiap 2 jam) / warden dan 14 orang guru asrama. Asrama juga berpagar dan berkunci.

9. Bagaimanakah anak saya boleh mendapat rawatan kesihatan?

Pihak maktab menyediakan perkhidmatan van untuk ke hospital iaitu; 9.30 pagi dan 3.30 petang Bagi kes-kes kecemasan pelajar akan dihantar serta- merta dengan van/kereta guru. ( Ibu bapa akan diberitahu.) Bagi rawatan pergigian: dilakukan dengan lawatan berkala oleh pihak Hospital.

10. Dimanakah anak saya boleh mendapatkan khidmat kaunseling?

Unit Kaunseling sekolah menyediakan khidmat kaunseling dalam segala hal berkaitan. Sesi kaunseling adalah pada setiap hari persekolahan iaitu 8.00 a.m – 12.45 p.m dan 3.00 p.m – 5.00 p.m.

11. Bilakah saya boleh melawat anak saya di maktab?
Ibubapa dibenarkan untuk melawat pada hari-hari yang telah ditetapkan iaitu; Sabtu dan Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)

12. Bilakah anak saya dibenarkan untuk pulang bermalam? 
Pelajar dibolehkan untuk pulang bermalam sekali sebulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.

13. Bolehkah anak saya balik bermalam apabila ada kecemasan? 
Pelajar dibolehkan untuk pulang bermalam sekiranya berlaku kecemasan bagi saudara terdekat sahaja dan mestilah dengan kebenaran TPHEP. Bagi alasan dan sebab yang tidak munasabah, permohonan pulang bermalam akan ditolak.

14. Bolehkah anak saya balik bermalam bersama keluarga lain? 

Dibolehkan tetapi mestilah dengan kebenaran bertulis dari ibubapa.

15. Bolehkah anak saya balik awal daripada tarikh pulang bermalam? 

Tidak

16. Bolehkah anak saya pulang lewat ke maktab?

Tidak dan akan dikira sebagai kes ponteng kelas. Ibubapa akan dimaklumkan dan sesalinan laporan akan ke Bahagian Pendidikan Menegah MARA

17. Adakah pihak maktab menyediakan pengangkutan bagi pelajar pulang sewaktu cuti semester? 
Pihak maktab ada menyediakan perkhidmatan bas maktab ke stesen transit terpilih. Pihak Badan Wakil Pelajar (BWP) juga menyewa bas dari maktab ke destinasi tertentu. Manakala bagi pulang bermlam sebulan sekali pengangkutan adalah di atas urusan pelajar sendiri.

18. Bolehkah anak saya memohon keluar daripada sistem MRSM? 

Boleh. Ibu bapa hendaklah menulis surat permohonan keluar kepada Pengetua Maktab.

19. Bolehkah anak saya menuntut wang EMR jika beliau berhenti sekolah?

Tidak. Wang EMR dikira hangus.

20. Adakah pihak yang memberi perhatian khas kepada anak saya? 
Ada. Guru homeroom bagi setiap pelajar memberikan perhatian kepada pelajar dibawah tanggungjawabnya dan memberi bimbingan dan nasihat mengenai perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.

21. Di manakah saya boleh menyimpan wang untuk anak saya?

Pelajar boleh menyimpan wang dengan selamat di Bank Koperasi, pada Guru Homeroom /warden (dapatkan bukti simpanan) dan juga di Bank-bank Perdagangan yang ada di sekitar bandar Muadzam Shah.

22. Adalah saham koperasi akan dikembalikan selepas anak saya tamat persekolahan? 
Ya. Jika tiada tanggungan hutang dan akan dikembalikan beserta dividen.

Selamat membaca, happy reading.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close