Khasiat Buah Anggur Untuk Kesihatan

aynora nur | 24 April, 2013,2:36 PM |
Advertisement
Anggur ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada jenis-jenisnya yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika.

Putik anggur

Di Malaysia, Negeri Perlis adalah antara negeri yang maju dalam penanaman anggur. Ini kerana sifat semulajadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakkan ia berbunga dan berbuah. Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%.

Salah satu  contoh daun anggur
Terdapat empat jenis anggur yang sesuai di tanam di Malaysia iaitu jenis IAC, Black Queen, Black Opal dan New White Malaga. 


Khasiat anggur untuk kesihatan

  1. Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, 
  2. Sebagai agen antipenuaan, antioksidan, antiradang, 
  3. Menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, 
  4. Juga bagus untuk kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
  5. Kandungan vitamin C yang tinggi.
  6. Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  7. Mempunyal kalori yang rendah.
  8. Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  9. Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung. 


Buah anggur ini sangat baik untuk dimakan samada ketika masih segar ataupun sudah kering. Anggur merupakan buah yang mudah dicerna, dapat menggemukkan (kepada yg teringin gemuk) dan dapat memenuhi gizi yang yang cukup dan seimbang. Secara amnya, anggur hijau maupun merah memiliki khasiat yang sama, keduanya boleh dimanfaatkan untuk menjadi buah, makanan, minuman, mahupun sebagai ubat.

Selamat makan buah-buahan untuk kesihatan!

Tag : Khasiat Buah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Khasiat Buah Anggur Untuk Kesihatan"

byk khasiat anggur ni..tq share..lame x mkn anggur

Anggur la mkanan kgmaran aku..haha

Anggur la mkanan kgemaran aku..haha

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top