Tips Peperiksaan UPSR 2014 Buat Ibubapa Dan Pelajar

aynora nur | 08 August, 2014,4:32 PM |
Advertisement
Tips Peperiksaan UPSR 2014 Buat Ibubapa Dan Pelajar - Peperiksaan paling besar buat sekolah rendah di Malaysia tentulah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah). Menjelang sebulan dua peperiksaan UPSR sebenar, mulalah ibu bapa tak senang duduk. Ada yang panik tak tentu arah. Jika ibubapa panik, bagaimana pula dengan pelajar itu sendiri?




Jangan panik, ok! UPSR bukanlah tujuan terakhir hidup kita. Lakukan dengan terbaik setelah puas berusaha dengan sedaya upaya. Semoga adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2014 nanti boleh menghadapinya dengan tenang.

Tips Peperiksaan UPSR 2014 Buat Ibubapa Dan Pelajar

Tips Pepriksaan UPSR Buat Pelajar 

1. Ulangkaji subjek yang lemah lebih kerap ketika dua minggu sebelum menjelang peperiksaan
2. Minum susu secara teratur. Selain memberikan khasiat penting bagi tubuh, minum susu juga mempunyai peranan besar dalam meningkatkan fungsi otak. Satu kajian mendapati bahawa mereka yang minum segelas susu sehari, cenderung mendapatkan nilai lebih baik apabila dilakukan ujian berkaitan memori dan fungsi otak.
3. Jangan belajar pada saat-saat akhir
4. Ulangkaji pelajaran setiap hari ketika dalam minggu peperiksaan
5. Elakkan menonton TV, mendengar terlalu banyak muzik ataupun bergaduh dengan adik-beradik. Biarkan fikiran kamu lapang dan tenang
6. Pastikan dapat rehat yang cukup sewaktu minggu peperiksaan. Tidur pada awal waktu.
7. Perbanyakkan berdoa kepada Allah agar diberikan ketenangan dan dipermudahkan urusan ketika hari peperiksaan.

Untuk koleksi doa-doa menghadapi peperiksaan, boleh rujuk sini 

Tips Peperiksaan UPSR Buat Ibubapa

1. Perbanyakkan masa bersama anak-anak menjelang minggu peperiksaan mereka.
2. Rajin mengamalkan doa-doa untuk anak-anak mudah menghadapi peperiksaan. Lakukan solat hajat
3. Jangan panik, sebaliknya tunjukkan yang kita menyokong segala usaha mereka. Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif. Contohnya, "Jangan risau, kamu boleh berjaya..."
4. Ambil cuti dan hidangkan makanan kesukaan anak-anak ketika minggu peperiksaan
5. Kurangkan aktiviti luar
6. Nyatakan ganjaran dengan jelas, namun jangan berikan harapan palsu. Ganjaran biarlah yang munasabah seperti hadiahkan jam tangan baru, pergi melancong dan lain-lain.

Jadi, usah gentar ya adik-adik. Peperiksaan hanyalah sebuah ujian di atas kertas yang menguji usaha dan ikhtiar kita belajar selama ini. Ia tidak melibatkan cedera atau pendarahan pun jika anda tidak berjaya. Jika gagal pun, boleh cuba berkali-kali hingga berjaya.

Keep cool and study smart!
 
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Tips Peperiksaan UPSR 2014 Buat Ibubapa Dan Pelajar"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top