Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2015

aynora nur | 08 October, 2014,10:45 AM |
Advertisement
Bagi pelajar yang ingin memohon masuk ke MRSM di seluruh Malaysia, saya kongsikan maklumat yang boleh digunakan sebagai panduan dan membuat semakan terhadap dokuman-dokumen yang diperlukan.

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2015 Di Semenanjung Malaysia 



Panduan Permohonan 


1. Mohon Nombor Pin / Katalaluan

  1. Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2014 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.

2. Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2015 bermula 27 November 2014 hingga 5 Disember 2014.
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :

Iklan permohonan ke MRSM Tingkatan 1 2015


Permohonan ke Tingkatan Satu,

Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR.


Ingat!! Tarikh tutup permohonan pada 5 Disember 2014
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan, http://www.mara.gov.my


Semakan Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2015 


https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp (akan dikemaskini setiap masa)


Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2014 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2015 di Semenanjung Malaysia.

Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab ditawarkan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.

Mulai tahun 2013, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang dan beberapa MRSM yang lain. (Rujuk pada iklan) Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.

Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.

Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Sabah Dan Sarawak


  1. Murid dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia
  2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah Dan Sarawak
  3. Pelajar Bumiputera tahun enam
  4. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan

##Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dapat skor 5A* lagi baik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014


A. Syarat Kelayakan Masuk MRSM

MRSM Biasa
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  3. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014

MRSM Ulul Albab (Agama)
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun berkenaan
  4. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.

MRSM IGCSE
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun berkenaan
  3. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai pilihan semasa mengisi borang permohonan secara online.
  5. Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
  6. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

B.  Pemilihan

Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :

  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
  • Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
  • Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  • Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Maklumat tambahan

Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.

Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan, http://www.mara.gov.my 
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
5 Komen untuk "Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2015"

assalamualaikum..saya ada beberapa soalan..

saya menghadapi masalah ketika mengisi ruangan PILIHAN MRSM

Saya memilih program ulul albab
dengan pemilihan pilihan pertama saya mrsm kepala batas,
pilihan kedua mrsm kepala batas,
pilihan ketiga mrsm kepala batas jgk,
pilihan keempat mrsm gemencheh dan
pilihan kelima mrsm kota putra.

Tapi apabila saya mahu ke halaman yg seterusnya keluar peryataan
"sila isi borang anda dgn lengkap"

Namun saya sudah isi penuh halaman1 tu tp dia kata pilihan mrsm bertindih..saya cuba beberapa kali untuk membuat pilihan supaya tidak bertindih namun menghadapi masalah yang sama dengan pernyataan PILIHAN BERTINDIH..

Dan ketika saya mencuba supaya tidak bertindih..
masih mendapat masalah yang sama juga...saya tidak tahu kerana pilihan mrsm program ulul albab ada 3 ja...

bagaimana saya mahu mengisi ruangan ini

Waalaikumussalam..
Nampaknya adik telah buat pilihan mrsm lebih dari sekali. Isikan kelima-lima pilihan ikut keutamaan. Contohnya mrsm kepala batas, gemencheh, kota putra, pilihan keempat mrsm ulul albab yg lain, dan seterusnya.
Tidak mengapa pilih mrsm ulul albab luar negeri adik, kerana biasanya pihak mrsm memberikan tawaran mengikut pilihan utama kita. Semoga berjaya.

assalamualaikum..
apa syarat kemasukan bagi form 4 ye?

Waalaikumussalam dik,

Syarat Umum Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia adalah spt berikut:

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.

Lain2 syarat adik boleh pegi website ini:
http://mrsmpdrmkulim.blogspot.my/2013/10/permohonan-kemasukan-mrsm-tingkatan-4.html

atau website mara.gov.my

Terima kasih.

Good luck kepada pemohon ke MRSM 2016. Semoga anda berjaya

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top