Tips Merebus Telur Separuh Masak Yang Ideal

aynora nur | 14 November, 2014,8:47 PM |
Advertisement
Tips mudah yang nak dikongsi adalah tips merebus telur separuh masak dengan hasil yang sangat memuaskan hati anda. Biasanya kita tidak ada masalah untuk merebus telur yang masak penuh. Saya pun ada tulis cara nak rebus telur agar tidak pecah.


Sumber Google

Tips untuk memasak telur half-cooked ni mudah saja. Saya ambil petua ni daripada adik ipar saya yang memang suka makan telur separuh masak. Cara ini menggunakan kaedah manual atau tradisional. Kalau anda ada mesin merebus telur lagi mudah. He..he..

Tips Merebus Telur Separuh Masak Yang Ideal


Caranya begini...masukkan telur yang sudah dicuci ke dalam periuk yang mengandungi air. Sukatannya anggaran telur itu boleh tenggelam dalam air tersebut. Jangan gunakan terlalu banyak air, nanti telur akan pecah. Rebus di atas api yang sederhana besar.

Bila air mula mendidih, matikan api. Make sure ya. Mula mendidih aje matikan api. Jangan tunggu lama-lama! Biarkan seketika telur di dalam air panas. Kemudian boleh dipecahkan untuk lihat hasilnya.

Telur separuh masak anda akan masak sedang-sedang orang kata, tak terlebih keras hingga jadi telur rebus atau tidak lah mentah lagi.

Nak cuba? Silakan. Ha...jika nak telur separuh masak anda rasa lebih lazat dan lemak, campurkan sedikit garam ke dalam air rebusan telur tadi.

Selamat mencuba tips merebus telur separuh masak yang ideal. Lepas ini bolehlah jadikan rutin sarapan pagi anda!




Tahukah anda telur separuh masak sama seperti telur rebus yang biasa. Banyak sangat khasiatnya. Antaranya vitamin B2 dan juga B12. Antara kebaikan vitamin B2 ialah dalam meningkatkan keupayaan metabolisme dan menukarkan sumber makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Manakala vitamin B12 pula membantu membina sel DNA dan sel-sel darah merah. Kesemua komponen vitamin B adalah sangat penting menggalakkan sistem saraf yang sihat.

Tag : Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
7 Komen untuk "Tips Merebus Telur Separuh Masak Yang Ideal"

Assalamualaikum.

mmg masakan kegemaran ayie nih aynora..hehe.

insya Allah boleh cuba nanti.

lagi satu, jangan guna telur yg dikeluarkan daripada peti ais. mesti kena pastikan telur tu dalam suhu bilik

Memang patut dicuba Ayie, mudah sangat nih..hehe

Bgs info ni..Selalu mesti terlebih masak tkpun tak masak...Huhu...

TIPS RAMBUT CANTIK

Hihi...bila dah tau caranya, mesti dah boleh buat telur separuh masak yg ideal, kan...

tips awesome ..nanti saya cuba lah

p/s :Lawatan mesra dari penulis blog mrhanafi

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top