Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora

aynora nur | 07 April, 2015,6:41 PM |
Advertisement
Petua dan herba. Dua benda yang saling berkaitan dan banyak diamalkan di Malaysia. Oleh kerana saya pun ada ilmu sikit pasal petua dan herba-herba yang melata di muka bumi ini, saya ada keinginan berkongsi dengan apa yang saya tahu.

Ada blogger yang beri laluan untuk kita tulis artikel tentang herba dan khasiatnya. Ya. Inilah sebabnya saya terjebak join contest Petua Dan Herba KongsiBersamaNora. Memang best, sambil santai kongsi khasiat herba, dapat habuan pula. Siapa tak suka, kan?


Kunyit Dan Khasiatnya


Herba ada banyak. Saya cuba senaraikan apa yang saya pernah dengar dan nampak aje tau. Antaranya halia, kunyit, misai kucing, limau kasturi, daun pandan, tongkat ali, cekur, daun pegaga, lengkuas, temulawak, ulam raja, senduduk putih dan banyak lagi. 

Untuk Contest Petua Dan Herba KongsiBersamaNora saya memilih untuk menulis khasiat herba kunyit dalam kehidupan harian kita.


Petua Dan Herba Kongsibersamanora


Asal usul Kunyit, Petua Dan Khasiatnya 

Nama saintifik : Curcuma domestica Loir. 
Nama biasa : Tumeric 
Nama tempatan : Kunyit 
Famili : Zingiberaceae 

Asal Usul Kunyit 

Menurut catatan jabatan perhutanan, kunyit atau ‘Tumeric’ merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan bahan rempah yang memberikan warna kuning cerah khususnya masakan kari bagi orang Melayu dan India. ‘Tumeric’ juga digunakan sebagai bahan pewarna dan juga sebagai ubatan dan perasa sejak 600 SM. Maklumat tersebut telahpun dicatatkan dalam sejarah herba Assyria sekitar 2500 tahun yang lalu. Tumbuhan ini dianggapkan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai kepada manusia. Dalam sejarah perubatan rakyat India, ‘tumeric’ dianggapkan sebagai bahan antibiotik semulajadi yang terbaik sementara pada masa yang sama ia juga digunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus. Tumbuhan ini berasal dari Asia Tenggara dan masa kini tumbuhan ini menjadi tanaman perdagangan di China, India, Indochina dan Indonesia.

Kunyit merupakan salah satu penyembuh semula jadi yang berkuasa. Berkurun lamanya kunyit telah digunakan dalam kehidupan manusia. Di India, kunyit banyak sekali kegunaannya. Ia juga adalah tempat pertama kunyit digunakan sebagai pewarna sebelum ia menjadi herba yang popular dan terkenal seperti sekarang. Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa merupakan tanaman yang berkait rapat dengan halia. Dikenali juga dengan nama turmeric (Inggeris), herba ini banyak ditanam di negara Asia, iaitu India terutamanya dan Afrika.

Ciri-Ciri Tumbuhan Kunyit 

‘Tumeric’ merupakan sejenis herba yang mempunyai jangkahayat yang panjang dan boleh tumbuh sehingga mencapai 1m tinggi. (Kalau ada penggunaan bahasa 'herba' yang kurang difahami, sila semak kat Google ya...)

Tanaman kunyit merupakan tumbuhan bercabang. Batangnya tegak, bulat dan membentuk rimpang dengan warna hijau kekuningan. Batangnya tersusun dari pelepah daun. Daunnya tunggal, berbentuk bulat telur, mempunyai tulang dan berwarna hijau. Pokok kunyit mempunyai bunga yang akan keluar dari pucuk batang. Bunganya mempunyai mahkota dan berwarna putih kekuningan. Rimpang kunyit berwarna oren kecoklatan. Manakala isi rizomnya berwarna oren kekuning-kuningan.

Khasiat Sebenar Kunyit

Tumbuhan ini digunakan untuk rawatan antiradang, antimalaria, pencegahan bakteria, pencegahan kulat, merangsang tubuh dan juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, ‘neuralgia’ (sakit saraf terutamanya di bahagian muka dan kepala) serta sakit sendi (reumatik). Ia juga digunakan untuk mencegah serangga. Kunyit kering biasanya digunakan sebagai perasa makanan dan untuk menyediakan bahan pewarna kuning. Di Malaysia, kunyit digunakan sebagai kosmetik semasa upacara tradisi. Ia juga sebagai bahan utama dalam masakan terutamanya masakan kari. Kunyit yang disediakan bersama dengan minyak digunakan untuk menghaluskan kulit yang kasar dan sekiranya dicampurkan dengan air perahan limau digunakan untuk rawatan bengkak dan terseliuh serta luka.

Ada petua ringkas dari kunyit yang amat berguna. Antaranya, air rebusan kunyit boleh digunakan untuk menyejukkan mata. Kunyit yang dipanaskan bersama dengan susu dan gula boleh merawat kesejukan badan. Manakala kunyit yang dicampur dengan minyak bijan dan madu dijadikan sebagai tonik. Rizom kunyit yang dilumatkan dan dijadikan sebagai demahan boleh merawat dan mempercepatkan perjalanan air susu badan wanita. Betapa hebatnya petua dari herba bernama kunyit ini.

Lain-lain Khasiat Kunyit

1. Untuk menghilangkan gatal-gatal kulit - Caranya adalah, ambil kunyit dan asahkan dengan minyak kelapa hingga pekat, kemudian lumurkan ke bahagian kulit yang gatal. Untuk mengasah tu terpulanglah kepada anda. Cara yang mudah adalah dengan mengasah di dalam lesung batu.

2. Untuk merawat haid yang tidak teratur - ambil dua buku kunyit lalu ditumbuk hingga lumat bersama ketumbar, buah pala, jintan hitam (habbatus sauda), bunga cengkih, bunga kiambang dan daun sirih. Kemudian direbus hingga mendidih dan ditapis. Minumlah air rebusan tadi dua atau tiga kali seminggu.

3. Untuk mengurangkan panas dalam badan - Untuk mengatasi demam disebabkan panas dalam badan atau bibir pecah-pecah, ambil kunyit sebesar jari, parut halus dan perah untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa. Minumlah air campuran tersebut, insyaallah ia akan dapat menurunkan tahap panas badan ke tahap normal.

4. Untuk mengubati kudis - Ambil dua buku kunyit hidup, bersihkan dan tumbuk hingga halus. Kemudian masaklah ia dengan setengah cawan minyak kelapa. Setelah sejuk, sapukan pada bahagian berkudis.

5. Untuk menambah darah - Ambil enam buku kunyit dan tiga biji lempoyang dan tumbuk kedua-dua bahan tersebut hingga lumat. Minumlah air perahan dari bahan tadi. Kemudian telan pula sebiji kuning telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) mentah.Amalkan tiap-tiap hari selama seminggu. Insyaalah masalah kekurangan darah akan dapat diatasi dan tenaga anda akan bertambah baik.

6. Untuk menguatkan tenaga batin - Ambil satu sudu besar air perahan kunyit, satu sudu besar madu lebah, dua sudu air limau nipis dan dua biji telur ayam kampung. Kacaukan telur bersama bahan-bahan tadi sehingga sebati. Minumlah dua kali seminggu.

7. Untuk masalah kulit berminyak - Ambil kunyit, bersihkan dan ditumbuk halus. Setelah itu campurkan dengan satu sudu madu lebah dan air limau nipis dan gaulkan hingga sebati. Sapukanlah bahan tadi di muka dan biarkan selama 15 minit. Bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.

Mengikut amalan kaum India, kunyit untuk juga amat berguna untuk menjaga kesihatan wajah dan kulit. Lagipun kunyit yang telah digunakan berabad-abad lamanya boleh digunakan oleh semua peringkat umur dan harganya pun murah. Saya nak kongsikan cara merawat jerawat di muka dengan menggunakan serbuk kunyit. 

Kunyit juga efektif untuk mengubati jerawat, kerana ia memiliki sifat antiseptik dan antibakteria. Dengan demikian, jerawat akan segera di hilangkan oleh kunyit, dan akan membuat kulit kembali menjadi halus dan bercahaya. Masker wajah kunyit tidak hanya akan membantu untuk membersihkan bekas jerawat dan radang kulit, tetapi juga akan mengurangi pengumpulan minyak oleh kelenjar sebaceous. Boleh juga buat masker wajah sendiri, dengan cara mencampur serbuk kunyit, serbuk cendana dan tambahkan jus lemon. Sapukan pada wajah selama 10 minit, dan bilas dengan air suam. Untuk menghilangkan bekas jerawat, sapukan campuran kunyit dan air biasa pada kawasan tanda bekas jerawat selama 15 minit.

Kunyit Merawat Kanser?

*Saintis di University of Leicester telah memulakan ujian ke atas pesakit bagi menguji sama ada rempah boleh membantu merawat kanser usus. Penyelidik universiti berkenaaan menjalankan kajian mengenai curcumin yang ditemui dalam kunyit iaitu rempah. Kunyit merupakan bahan yang popular dalam masakan dan kari. Profesor Akon Steward berkata, mereka telah memeriksa sama ada curcumin dapat "mengurangkan perkembangan kanser" terutama apabila di gunakan semasa kemoterapi. 

Pernah dengar diet kurus dengan minum air kunyit? Saya ada sedikit pengalaman mengenai air kunyit. Sejak kecil saya sudah biasa minum air kunyit iaitu setiap kali emak saya buat semasa dalam pantang. Kami adik beradik suka minum air kunyit yang dibuatnya. Ingatkan minum untuk suka-suka, rupa-rupanya disebalik air kunyit tersebut adalah berkhasiat untuk menguatkan rahim. Ohh...patutlah...

Tadi kita dah tahu khasiat dan asal usul kunyit, kita cuba pula resepi Air Asam Kunyit Untuk Kurus.
  • Kunyit hidup
  • Asam Jawa
  • Gula merah/ Gula pasir
  • Air
Semua bahan ikut citarasa sendiri. Potong halus kunyit hidup. Kemudian campurkan semua bahan tadi dalam periuk dan masak hingga mendidih. Minum dua kali sehari.

Sudahkah anda kenal kunyit yang saya ceritakan di atas? Harap-harap apa yang saya tuliskan mengenai asal usul kunyit sebagai tumbuhan herba dan khasiatnya telah menimbulkan minat anda untuk menggunakannya dalam amalan pemakanan seharian.


Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

3 artikel yang wajib dibaca dari blog kongsibersamanora adalah:
  1. Doa Nabi Yunus Penawar Segala Musibah
  2. Resepi Jeruk Mangga Asam Boi 
  3. 10 kebaikan minum susu
* "Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"

* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan olehKongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficialByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppeNadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz

Sebakan info. Sebarkan bahagia! Hidup sihat dengan herba...
Sebarkan Bahagia:
Tag : Contest, Petua
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
14 Komen untuk "Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora"

Belum cuba lagi resepi asam kunyit tu.

Semoga berjaya ye..

Memang menarik khasiat kunyit dalam Contest Petua Dan Herba Kongsi Bersama Nora ni

Boleh dicuba resepi kunyit tu...
Terima kasih sebab singgah sini.

Salam Aynora. Artikel sangat menarik dengan huraian yang cukup panjang. Semoga berjaya buat anda.

Assalam. Terima kasih diucapkan kerana menghantar penyertaan contest petua herba kongsibersamanora. Banyak manfaat yang kita dapat dari herba2 terpilih seperti kunyit ini. Semoga diamalkan untuk kebaikan

All d best and gd luck

Waalaikumussalam En Kamil. Selamat berjaya buat sensasi2020 juga. :)

Waalaikumussalam puan Nora..
Penganjuran contest yg bagus. Dpt kongsi info dengan generasi muda yang kurang tahu tentang herba di sekeliling kita.

Tarikh contest ini akan tamat tidak lama lagi, peluang Aynora Nur pasti ada. Apa pun keputusannya, semoga ada nama and aterselit sebagai pemenang nanti.

Insyaa Allah.. Jika ada rezeki tak kemana..hiiihi

Ikan goreng tanpa kunyit bagai tiada rasa... :)
Good luck ya!

Hihi...setuju.
Good luck untuk BM jugak.

Salam Aynora,

Singgah nak baca entri contest. Tak sangka pula kita pilih herba yang sama. Good luck ye. Baik penulisan puan.

Terima kasih ya. Semoga kita semua berjaya dengan contest yang disertai.

herba bagus untuk kesihatan dan amalan nenek moyang kita tau...kak suka baca blog anda...

Memang ya, bagus segala herba yang melata di bumi Allah ni. Terima kasih ekk, sebab suka baca blog saya..:))

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top