6 Tips Hilang 45Kg Tanpa Pil Kurus

aynora nur | 06 October, 2015,10:36 AM |
Advertisement
Advertisement

6 Tips Hilang 45Kg Tanpa Pil Kurus | Ingat ya, untuk mengurangkan berat badan seperti kata sifu sukan Kevin Zahri, 70% adalah daripada gaya pemakanan dan hanya 30% daripada senaman. Siapa nak kurus tanpa pil diet? Kalau anda semua nak kurus seperti Afif Afifi Mohamad Sukri, meh baca cara-caranya!

Nampak macam mudah sebab tak ada kos beratus atau beribu. Tetapi yang mahalnya adalah kos pengorbanan anda ketika proses berdiet dilakukan. Sanggupkah anda meninggalkan kebiasaan yang manis, masin atau berlemak? Jika iya, mulakan bacaan anda sekarang!


6 Tips Hilang 45Kg Tanpa Pil Kurus


Di bawah ini saya kongsikan pengalaman Saudara Afif Afifi yang boleh menurunkan berat badannya daripada 120kg kepada 75 kg. Iaitu penurunan sebanyak 45kg. 

Berikut adalah yang ingin saya kongsikan;

1. Tahu dahulu BMI badan. Sebelum mengurangkan berat badan, anda harus membuat kira-kira. Berapa kilogram yang perlu anda kurangkan. Sebab ada rakan-rakan yang mesej saya minta tips untuk kurangkan berat badan.

Bila saya tanya berat badan dan ketinggiannya berapa ternyata tersangatlah ideal. Saya tidak akan bantu mereka yang sudah mencapai berat badan yang ideal.

Saya hanya akan membantu mereka yang memang benar-benar mempunyai masalah lebihan berat badan dan obesiti sahaja. Untuk ukur BMI anda boleh semak

http://www.nhs.uk/Tools/Pages/Healthyweightcalculator.aspx.

Dah tahu BMI dan berat ideal manakah yang sesuai dengan anda, ia lebih mudah.

2. Makanlah nasi. Jangan pernah berangan dan cuba tinggalkan nasi jika anda merupakan melayu sejati yang sangat cinta dan sukar menolak apabila nasi terhidang di depan mata. Makan jangan tak makan.

Cuma syarat yang saya letakkan ketika diet yang saya laksanakan ini, ambillah nasi dengan kuantiti segenggam. Ingat! Segenggam sahaja… jangan tipu-tipu. Dan makanlah nasi.

3. Tinggalkan air manis. Ini yang sukar dilaksanakan. Ada yang diet dah ok, nasi segenggam, ayam bakar, makanan kurang garam. Tapi last sekali minum teh ais kaw-kaw manis. Tak jadi.

Untuk makluman saya berpantang air manis dalam bulan pertama. HENTIkan ambilan air manis dan ia akan banyak save your calory untuk selanjutnya.

Minumlah air putih yang kita tahu sebagai free kalori. Ucapkan selamat tinggal kepada air-air manis dan minumlah air putih!


6 Tips Hilang 45Kg Tanpa Pil Kurus


Ada orang tanya saya, Jus boleh minum? BOLEH. Tapi jus tanpa gula, tanpa susu, tanpa sirap. 
4. Makanan bergoreng. Ini antara perkara yang sukar ditinggalkan oleh rakan-rakan yang nak diet. Dalam masa 3 bulan saya berdiet. Ini antara disiplin ketat yang sangat saya jaga.

Tinggalkan apa sahaja makanan bergoreng termasuk kuih-kuih bergoreng macam karipap, donut, goreng pisang. Dan apa saja yang terlekat dengan kuantiti minyak yang banyak,

Tinggalkan untuk sementara waktu… boleh kan? Gantikan dengan PAU, agar-agar dan kek tapi dengan kuantiti gula yang sedikit dan tidaklah dimakan terlalu banyak.

Protein yang anda ambil pastikan hanya daripada rebus dan panggang sahaja. Ini apa yang saya lakukan dan berdasarkan pengalaman.


6 Tips Hilang 45Kg Tanpa Pil Kurus



Kurang minyak, kurang lemak. Roti canai untuk sarapan? Tinggalkan!

5. Tinggalkan makanan ringan. Walaupun namanya makanan ringan, hakikatnya ia BERAT untuk kalori anda seharian.

Kerepek ubi, keropok-keropok yang selalu di makan ketika menonton perlawanan bola sepak atau selalu anda jadikan hi-tea, minta tinggalkan.

Kandungan garam di dalam makanan tersebut agak tinggi seeloknya ditinggalkan. Dan gantikan dengan makanan yang lebih baik.

Saya ambil inisiatif kurma sebagai gantinya. Kismis dan madu. Cubalah…



6. Makanan bersantan. Saya minta kurangkan… Nak makan juga boleh tak ada masalah. Cuma kurangkan kuantitinya.

Ok.

Dah baca apa yang saya kongsikan? Tips hilang 45kg tanpa pil kurus. Kalau Afif boleh berjaya, kita pun sama. Mengapa tidak? Yang penting ketabahan dalam usaha untuk kurus. Kenapa nak kurus? Sebab untuk sihat. Faham, kan?

So, sebarkan bahagia untuk hidup lebih cemerlang.

Tag : Diet, Tips Sihat
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "6 Tips Hilang 45Kg Tanpa Pil Kurus"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top