Header Ads

7 Tip Memilih Balang Kuih Raya Yang Baik

Salam ramadan! Syawal bakal menjelma beberapa hari lagi dan kini setiap keluarga pasti sedang membuat persiapan hari raya tersebut. Dalam membuat persiapan raya jangan lupa juga untuk melihat jika anda telahpun memilih balang kuih raya yang sesuai untuk hari raya nanti.

Ada banyak tips yang boleh digunakan untuk memilih balang kuih raya yang baik. Antaranya mengikut artikel yang ditulis oleh Wan Nurhalimah Wan Abdullah dalam majalah Impiana. Saya kongsikan artikel tersebut sebagai panduan buat anda semua.

7 Tip Memilih Balang Kuih Raya Yang Baik


7 Tip Memilih Balang Kuih Raya Yang Baik


By Wan Nurhalimah Wan Abdullah

Kini terdapat pelbagai jenis corak dan bentuk balang kuih raya yang tersedia di pasaran. Dari material plastik hingga kaca, semua balang kuih raya ini dihasilkan memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa inginkan kelainan.

Namun begitu, disebalik kecantikan bentuk dan corak balang tersebut anda juga seharusnya peka dengan beberapa elemen lain dalam memilih balang kuih raya yang baik. Berikut ialah caranya;

1. Tidak mudah pecah

Mengapa kita perlu memastikan balang kuih raya tidak mudah pecah? Perkara ini sangat penting kerana tetamu kita terdiri daripada pelbagai golongan iaitu orang dewasa dan kanak-kanak. Dalam kesibukan kita melayan tetamu adakalanya hal-hal yang tidak terduga seperti balang kuih raya terjatuh dan sebagainya. Oleh itu, dari ciri-ciri keselamatan pilihlah material yang baik dan tidak mudah pecah.

2. Bertutup rapat

Bekas ataupun balang kuih raya yang baik ialah yang dapat ditutup dengan kemas, rapat dan tidak longgar. Keadaan balang kuih raya yang tidak bertutup rapat memudahkan serangga seperti semut akan mudah mengerumuni biskut-biskut anda.

7 Tip Memilih Balang Kuih Raya Yang Baik
Sumber: Google

3. Kaca telus pandang

Sebaik-baiknya pilihlah bekas kuih raya yang mudah kelihatan isi dalamnya. Ini memudahkan tetamu untuk membuat pilihan biskut raya yang diingini tanpa perlu membuka kesemua bekas kuih raya yang ada.

4. Kedap udara

Jika anda perhatikan, anda sesetengah balang kuih raya yang tidak memiliki getah untuk menjadikan permukaan balang lebih kedap udara.Oleh itu, pilih balang kuih raya yang mempunyai getah ataupun dirasakan air tight (kedap udara) yang lazimnya akan ditulis pada bekas/kotak balang ini kerana ia akan membuatkan biskut anda lebih tahan lama dan tidak menjadi lemau (masuk angin)

5. Rekaan Cantik

Bekas kuih raya yang cantik dan menarik merupakan suatu 'attraction' kepada tetamu yang berkunjung. Nampak lebih berselera dan salah satu cetusan dekorasi.

6. Mudah dibuka dan ditutup

Sesetengah rekaan balang kuih raya ada yang agak ketat dibuka, perlu dipusing-pusing dan apabila bekas diangkat atau dipegang, ia mudah jatuh kerana permukaan licin. Sebagai persediaan rapi, perhatikan teknik buka dan tutup balang kuih raya tersebut dan cari bekas yang mempunyai tekstur agar tidak mudah terlepas dari tangan.

7. Mudah dibasuh

Kalau anda perasan, terdapat banyak aksesori seperti balang kuih raya yang menggunakan reben, manik, labuci dan sebagainya ia memang nampak menarik dan salah satu effort menceriakan suasana raya. Apa-apa pun pastikan ia mudah dibasuh, dibilas dan digunakan.

Diharap perkongsian tentang 7 Tip Memilih Balang Kuih Raya Yang Baik di atas memberikan kita idea untuk tampil bergaya dengan balang kuih raya yang baik dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga tersayang.

#sebarkan bahagia

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.