Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Paru Goreng Berlada

As-salam..

Sekarang ni saya sedang berada di pejabat dengan keadaan kat luar hujan lebat selebat-lebatnya. Budak-budak project department baru habis meeting, ramai pulak para consultant yang datang. Tapi tak libatkan department saya, so..saya ada masa mengular sikit, hihi...

Hasilnya terfikir nak masak menu ini petang nanti, (rasa lapar tetiba), Paru Goreng Berlada:



Bahan-bahan:

½ kg paru atau pelempong
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
Sedikit asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Rebus paru sehingga lembut (Nak tau lembut atau tidak, cucuk paru pakai garfu). Kemudian toskan. Hiris paru nipis-nipis dan goreng bersama sedikit serbuk kunyit dan garam sehingga garing. 
2. Kemudian, kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering.
3. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau
4. Akhir sekali masukkan paru, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
5. Kacau rata, bila sudah masak boleh dihidangkan.   

Nota:

Seelok-eloknya elakkan anak-anak yang masih bersekolah daripada memakan paru dan isi2 haiwan kerana boleh menganggu daya ingatan mereka. Wallahua'lam!
>Kalau nak resepi ringkas yang lain, cuba jenguk-jenguk sini..<

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close