Kita juga perlukan kata-kata hikmah penuh motivasi untuk mendorong diri menjadi insan terbaik di hati manusia dan di sisi Allah. Hidup tanpa nasihat ibarat tanah tandus tanpa hujan. Bila setitik hujan membasahi pohon, ia akan hidup subur dan membesar dengan indah.

Kata-Kata Hikmah Bijaksana Motivasi Cinta Islami
2. Hidup adalah cerita tentang mencintai dalam sabar yang tidak pernah selesai serta ikhlas yang tanpa penghujung.
3. Kami hidup bersama Rasulullah saw dan kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi, kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu.— [ Khalid Ibn Walid ]
8. Bersama tenggelamnya matahari, tenggelamkanlah khuatir dan marahmu. Sujudkanlah jiwamu di hadapan Tuhan Yang Maha Damai. Mintalah ampunanNya, mintalah perlindunganNya, serahkanlah dirimu padaNya, dan damailah di dalam cintaNya. Semoga Tuhan yang Maha Kaya mengembangkan hartamu dan muliakan jiwamu dengan kemurahan yang besar.
9. Tuhan yang Pengasih, mohon buailah aku dalam peliharaanMu yang penuh kasih, bersihkanlah jiwaku dari kekecewaan dan kesedihan, dan bangunkanlah aku dipagi hari sebagai peribadi yang gembira dan penuh kasih sayang.
12. Jika mulut seseorang berkata jujur, maka perilakunya akan bersih, jika niatnya baik, maka rezekinya akan ditambah, dan jika ia berbuat baik kepada keluarganya, maka umurnya akan ditambah.
18. Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.
19. Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.
20. Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa. Semoga ALLAH redha.
Kata-Kata Hikmah Bijaksana Motivasi Cinta Islami yang dikongsikan adalah sebahagian mutiara kata yang boleh dijadikan panduan dan pedoman sewaktu melangkah di alam fana penuh berliku. Kita mungkin bersendirian melalui cabaran dan kesedihan, tetapi diharap kata-kata hikmah bijaksana ini mampu menjadi pendorong untuk bangkit dari kegagalan.
Kita ada kerana Allah ada...
Sebarkan bahagia jika bermanfaat.

BETUL TU...KITA LAGIKAN HAMBANYA YANG BUKAN MAKSUM...KENA LEBIH LAGI. UNTUK MENGHAPUS DOSA-DOSA...
ReplyDelete