Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Alex Ferguson Bersara Jadi Pengurus Manchester United



Alex Ferguson Tinggalkan Manchester United
| Alex Ferguson sah bersara di penghujung musim ini selepas mengharungi 27 tahun karier cemerlang bersama Manchester United yang meletakkannya sebagai pengendali paling berjaya dalam bola sepak British.

“Keputusan untuk bersara antara yang paling sukar untuk dilakukan dan saya tidak mengambil mudah mengenainya, Ini adalah masa yang sesuai.” kata pengendali 71 tahun dari Scotland itu. 

Kelab yang dimiliki keluarga Glazer dari Amerika Syarikat dan tersenarai dalam Bursa Saham New York, belum menamakan pengganti Ferguson.

Sejak menjawat jawatan di Old Trafford pada 1986, Ferguson memenangi 38 trofi, termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Liga Juara-Juara dan lima Piala FA. Dia pernah menyuarakan hasrat bersara pada 2002 tetapi membatalkannya.

Dia bagaimanapun akan terus bersama kelab sebagai pengarah dan duta. Alex berkata bahawa beliau perlu menyatakan penghargaan kepada keluarganya, kasih sayang dan sokongan mereka cukup penting selama ini.

Ferguson mencetus kebangkitan United daripada sebuah kelab yang bergelut ketika dia tiba lebih suku dekad lalu, selepas menjulang kejuaraan Eropah di Aberdeen, Scotland.

Dia menjulang kejuaraan pertama di Old Trafford pada 1990 melalui Piala FA dan pada 1993 kelab berkenaan memenangi gelaran liga utama selepas 1967. Sejak itu United muncul sebagai kuasa bola sepak Eropah dan antara kelab terkaya dunia.

Selain Liga Juara-Juara 1999 dan 2008, Manchester United turut mengumpul empat trofi Juara Liga dan Piala Dunia Kelab FIFA 2008. - AP

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close