
Saya akan kongsikan tips dalam memberi hadiah kepada guru pada hari guru nanti. Sebenarnya hadiah untuk cikgu-cikgu yang disayangi tak perlu pun yang mahal-mahal, penghargaan kepada mereka adalah setulus hati, itu yang penting.
Tips Hadiah Hari Guru Bagi Guru Wanita
Jom kita lihat apakah trend hadiah terbaik untuk guru-guru:
- Berikan kad yang direka sendiri, pasti lebih 'sentimental value'
- Memberikan sepasang kain untuk dibuat baju
- Hadiahkan tudung
- Memberikan sejambak bunga segar
- Berikan sebuah novel kegemaran guru anda
- Mungkin boleh juga hadiahkan telekung - sejuk hati cikgu..
- Hadiahkan sebatang pen yang mahal sedikit
- Belikan kek hari guru - mesti guru anda terharu!
- Berikan kad ucapan yang istimewa kepada guru kesayangan anda!
- Bingkai gambar yang unik
- Hadiahkah cawan @ mug yang comel
- Stationery holder - tempat meletak pensil dan lain-lain
- Berikan sekotak Coklat sebagai kejutan kepada guru tersayang anda
- Hadiah al Quran yang ditempah dengan nama guru anda - pahalanya mengalir sampai bila-bila
Tips Hadiah Hari Guru Bagi Guru Lelaki
- Berikan kad yang dilukis sendiri
- Belikan sepasang kemeja-T - pastikan anda tahu saiznya
- Hadiahkan tali leher mengikut warna kesukaan guru tersebut
- Mungkin boleh hadiahkan sebatang pen - ikut kesesuaian bajet anda
- Bingkai gambar mungkin juga berguna
- Kad ucapan yang istimewa untuk guru tersayang
- Lukisan potret guru anda ataupun lukisan pemandangan
- Mungkin boleh hadiahkan cawan @ mug
- Hadiahkan kain pelikat yang mahal sedikit harganya
Pastikan hadiah yang anda pilih dibincangkan dahulu dengan kedua ibubapa kerana sudah tentu wang poket mereka juga yang akan keluar nanti.
Selamat menyambut hari guru kepada guru atau cikgu di seluruh dunia!!

good tips... meh cepat sapa nak bg kat saya.. hihi... :)
ReplyDeletemesti dapat banyak hadiah masa hari guru nanti...surprise!
DeleteUntung cikgu², selalu dapat hadiah semasa Hari Guru.
ReplyDeleteMemang gembira jika dapat hadiah hari guru, tak terkata happynya
ReplyDelete