Pengalaman Kali Pertama Beli Kereta Untuk Drive Sendiri. Lesen memandu saya dah lulus dari tahun 1998 ya! Kiranya lesen kakak kawasan taw! 😅😅😂 Ambil lesen tapi takde kereta. Lepas kahwin jadi 'mem' je kat sebelah driver selama berbelas tahun. Setiap 2 tahun sekali tak pernah gagal renew lesen.. hehe
Bila anak kedua masuk darjah empat, kami ada masalah dengan waktu pertukaran dari kelas pagi ke sekolah agama. Van sekolah tak sempat ambil. Nak tak nak saya kena beranikan drive semula setelah bertahun tak drive sendiri.

Pengalaman Kali Pertama Beli Kereta Untuk Drive Sendiri
Maka, bermulalah langkah mencari kereta. Jenis apa, warna, saiznya dan macam-macam lagi. Perbualan kami anak beranak:
Suami : Nak auto ke manual.
Saya : Mestilah auto, dah lesen terbang mana pandai drive manual 😅
Anak 1 : Ibu beli kereta kecil je, senang nak parking.
Anak 2 : Yang penting aircond kuat dan sejuk tau bu..


So, itu antara ciri-ciri kereta yang nak dibeli. Oleh kerana kesibukan nak pergi showroom mana-mana jenama, saya layari YouTube dengan search - kereta warna hitam, pendek, kecil dan auto. Dalam seronok tengok brand kereta dan designnya, saya tertarik dengan Civic. Nampak macam kecil, pendek tetapi design cantik.
Semasa awal kahwin dulu kami pernah guna Civic juga, jadi saya bayangkan mestilah kereta Civic model yang baru ni sama pendeknya. Dalam fikiran dok fikir senang nak parking je.. 😂😂
Order Civic Online Dengan Kawan Baik
Hmm.. saya memang gamble je, tunjuk video kat sales advisor yang juga kawan saya, saya nak warna hitam atau putih. Dengan segera masuk loan, dan bila loan lulus.. stock putih pulak takde, kena tunggu 3 bulan. Akhirnya pilih warna hitam.
Telah bayar deposit 10%, sign LO bank (bank officer datang opis), dan sales advisor buat semua proses sampai siap. Saya langsung tak pergi tengok kereta.
Satu hari SA Honda call kata kereta dah sampai. Hah! Cepatnya. Stock ready kak, memang cepat.. katanya. Bila nak ambil kereta? Saya kata hantarlah rumah.
Sampai je depan rumah saya tercengang. Kenapa kereta ni panjang pulak??
Saya : Kereta siapa ni?
SA Honda : Akak lah.
Saya : Alamak.. macam mana nak parking ni, akak dah la lama tak drive.
SA Honda : Itulah beli kereta online je..
Bila En suami balik kerja, dia kata sama panjang dengan kereta Wish kami yang dia selalu bawak pergi kerja. Ketawa gelihati pulak, bersungguh dengan ciri-ciri kereta yang nak dibeli, sekali yang sampai besar pulak saiznya.
Begitulah pengalaman saya cari kereta untuk drive sendiri pertama kalinya, hanya dengan survey online saja.
Sebenarnya saya ni amat mudah nak buat keputusan, Dan percaya kepada orang yang dah lama kenal.

Dengan bantuan SA Honda yang juga kawan saya sendiri, kereta Civic tu dah dekat 9 tahun saya guna. Alhamdulillah. Berbekal keberanian memandu sendiri, banyak kerja dan aktiviti harian menjadi mudah, tidak perlu menunggu dan menjadikan kita semakin kuat berusaha kerana ada komitmen yang perlu ditanggung.
Dalam kebanyakan entri dalam blog ini, saya mencoret kenangan dengan kereta pertama yang saya beli untuk drive sendiri ini dengan nama BLACK KNIGHT - hero hitamku!
Semoga bermanfaat, tetapi ambil yang baik jadikan panduan, yang kurang sesuai jangan diikuti.
Salam sayang, Aynora😍
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.





0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.