Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Sikap Untuk Hidup Bahagia

Semua orang berhak untuk hidup bahagia. Kerana bahagia adalah milik semua, bukan hanya untuk orang yang kaya sahaja. Bahagia perlu dicari. Bahagia juga datang selepas kita bersusah payah melalui derita dan sengsara. Banyak cara untuk mendapatkan bahagia antaranya SIKAP kita sendiri terhadap pengertian bahagia tersebut.




10 Sikap Untuk Hidup Bahagia


Perhatikan 10 senarai sikap yang positif dalam usaha untuk mencapai bahagia.

1. Lepaskanlah Rasa Khuatir Dan Ketakutan.


Ketakutan dan kekhuatiran hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa depan yang belum tentu terjadi, kebanyakan hal-hal yang anda khuatirkan & takutkan tak pernah terjadi.
It's all only in your mind.

2. Buanglah Dendam.


Dendam dan amarah yang disimpan hanya akan menyedut energi diri anda dan hanya mendatangkan KELELAHAN JIWA, BUANGLAH !!

3. Berhentilah Mengeluh


Mengeluh bererti selalu tak menerima apa yang ada saat ini, merasa diri tidak berguna dan secara tak sedar anda membawa-bawa beban negatif.

4. Bila Ada Masalah, Selesaikan Satu Persatu.


Hanya inilah cara menyelesaikan setiap persoalan satu demi satu. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Berusaha atasinya, berdoa dan akhirnya serahkan segalanya kepada Allah. Setiap kesusahan ada kemudahan pada akhirnya. Itu janji Allah.

5. Tidurlah Dengan Nyenyak.


Semua masalah tak perlu dibawa tidur. Hal tersebut buruk dan tak sihat, biasakanlah tidur dengan nyenyak. Tidur dengan tenang. Baca cara tidur yang nyenyak yang pernah saya ceritakan dulu.

6. Jauhi Urusan Orang Lain.


Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara sendiri untuk menangani setiap masalahnya. Bila kita teringat-ingat masalah orang lain, mesti tidur kita terganggu. Urusan harian kita sendiri pun ikut terganggu. Jika mereka meminta pertolongan kita, bantulah sekadar mampu.

7. Hiduplah Pada Saat Ini, Bukan Masa Lalu.


10 Sikap positif untuk bahagia

Nikmati masa lalu sebagai kenangan, jangan tergantung padanya. Tumpukan hidupmu pada kejadian ketika ini, kerana apa yang anda miliki adalah saat ini, bukan kelmarin, bukan esok.
"Be totally present."

8. Jadilah Pendengar Yang Baik.


Saat menjadi pendengar, anda belajar dan mendapatkan idea-idea baru berbeza dari orang lain. Jangan menyampuk ketika teman anda berbicara.

9. Berfikirlah Positif.


Rasa kecewa datang dari fikiran negatif. Kembalilah berfikir positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.

10. Bersyukurlah.


Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang akan membawa anda pada hal-hal besar. Sekecil apapun kebaikan yang anda terima, akan menghasilkan hal-hal besar dan selalu membawa anda kepada kebahagiaan jika anda bersyukur.    
Setiap apa yang disenaraikan di atas adalah antara sikap kita yang boleh mencipta bahagia. Biasakan bersikap positif dalam sebarang keadaan, rendah diri dan redha dengan dugaan hidup. Pandanglah semua orang dengan kasih sayang. Buangkan sangkaan yang bukan-bukan. In syaa Allah...bahagia itu milik kita!!

Jom sebarkan ilmu, sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum.

    Tips yg mudah diamalkan jika Allah telah mudahkan utk seseorg kn aynora.

    Rasa bahagia urusan hati yg kemudian dizahirkan menerusi gerak geri kita. Hati bahagia bila ada hubungan dgn Allah. Sentiasa mengingati Allah. Buat amal-amal soleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Ayie.

      Terima kasih kerana selalu support dan faham apa yg ingin saya sampaikan.

      Niat saya hanya ingin berkongsi nilai2 baik, positif untuk hidup bahagia. Sebarkan bahagia...semoga kita selalu dalam dakapan kasih sayang Allah.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close