Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Resepi Roti Jala Yang Ringkas Dan Sedap

Roti jala memang mudah dihasilkan, tetapi untuk mendapatkan rasanya yang sedap dan lazat memang agak subjektif, kena belajar rahsianya daripada orang yang biasa buat roti jala ni...hihi


Resepi Roti Jala Dengan Kuah Kari


Langkah Demi Langkah Buat Roti Jala Ringkas Tetapi Sedap


Dalam menyediakan roti jala yang lembut dan sedap, saya ikut petua nenek yang membancuh semua adunan ke dalam blender dan kisarkan adunan hingga halus. Ini akan menghasilkan tekstur tepung roti jala yang lembut dan licin.

Resepi Roti Jala


Bahan-bahannya

1. 1/2 kilo tepung gandum
2. 1 biji telur
3. 1 sudu teh garam
4. 4 cawan air
5. Sedikit pewarna kuning
6. Sedikit minyak untuk direnjis/ disapu pada kuali ketika memasak roti jala.


Cara-cara Dan Langkah Yang Betul Membuat Roti Jala Yang Lazat


1. Masukkan semua bahan seperti tepung gandum, telur, air, garam dan perwarna kuning ke dalam mesin pengisar/ blender.

2. Kisar/blender semua bahan tadi serentak hingga sebati dan halus. Pastikan adunan tadi tidak bergentel.

3. Tambahkan sedikit demi sedikit air jika adunan masih pekat. Buat hingga adunan cair.

4. Panaskan kuali leper dan renjiskan sedikit minyak masak

5. Kemudian layangkan adunan tadi dengan acuan roti jala.

6. Setelah masak, angkat dan lipatkan atau gulung, ikut kesukaan masing-masing.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Roti Jala
Sedap dimakan bersama kari ayam yang pekat atau pun dalca daging yang lembut. Atau jika suka, boleh dimakan dengan gula. Ikut citarasa masing-masing.

Sebarkan info. Sebarkan bahagia.


#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.