Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Daftar Petronas Kad Mesra Untuk Lebih Banyak Diskaun Dan Promosi

Petronas Kad Mesra - Program yang menawarkan banyak diskaun, promosi dan ganjaran kepada penggunanya melalui rangkaian stesyen petrol Petronas yang terbesar di negara ini. Dalam keadaan tertentu, Petronas Kad Mesra memberikan promosi dan diskaun kepada ahli-ahlinya untuk pergi melancong, membeli barangan, makanan dan banyak lagi. Antara rakan niaga yang terlibat dengan Petronas Kad Mesra adalah AirAsia BIG, AAM, Menara KL, ZALORA dan banyak lagi.

Pernah daftar Kad Mesra? Saya rasa hampir semua pengguna kereta ada Kad Mesra Petronas. Mula-mula dulu saya redeem mata ganjaran terkumpul dengan tuala...hihi, kemudian boleh redeem dengan item kat dalam kedai Mesra tu pulak...banyak kali juga dah redeem. Lagipun tak ada yuran keahlian, free je..



Cara-Cara Daftar Petronas Kad Mesra



Langkah 1 - Daftar di mana-mana cawangan stesyen PETRONAS terdekat anda. Keahlian adalah percuma tetapi TERHAD kepada satu kad seorang sahaja.

Langkah 2 - Jika kad diambil di stesyen petronas, isikan borang dan email borang kepada ibu pejabat petronas.

Aktifkan kad Mesra anda, DISINI.

Boleh juga hubungi hotline di nombor 1 300 22 8888 bagi kami membantu anda mengaktifkan kad Mesra tersebut.

Langkah 3 - Kumpulkan mata ganjaran Mesra di semua stesyen PETRONAS dengan sebarang pembelian minyak dan barang-barang di kedai Mesra Petronas. Anda akan dapat 1 POINT untuk setiap pembelian 1 liter minyak dan setiap RM1 yang dibelanjakan di kedai Mesra.

Daftar Petronas Kad Mesra Untuk Lebih Banyak Diskaun Dan Promosi

Langkah 4 - Dengan mata ganjaran yang terkumpul, anda boleh tebus dengan minyak di Petronas atau item dari Kedai Mesra. 


4 Cara Mudah Untuk Menyemak Baki Mata Ganjaran Kad Mesra


1. Selepas pendaftaran online, boleh semak di sini, https://www.kad-mesra.com.my/OnlineRegistration.aspx
2. Resit transaksi
3. Kaunter bayaran di stesyen PETRONAS
4. Hotline: 1 300 22 8888 

Baiklah.

Sesiapa yang masih belum memiliki Kad Mesra Petronas bolehlah mohon secara online ataupun di kaunter stesyen petronas yang berhampiran dengan anda.

Selamat mencuba. 
  

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Sy daftar tp xlepas2..dia minta password email,,sy bg die ckp salah..dah ulang banyak Kali..tp stay mcm 2 jugak..mohon penjelasan..

    ReplyDelete
  2. ehhhhh... bestnye petronas boleh dpt point kalau beli brang.. selalunye station lain minyak je dpt.. nk tukar la dari ptrn ke petronas ni.. minyak pun lagi ok kwn i ckp.. tapi kalau beli barang, dpt x 3x points?? mcm minyak boleh dapat 3x kan???

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close