1 Hari 1 Resepi | Resepi Istimewa Daripada Chef Hanieliza
Dalam buku Resepi Istimewa Daripada Chef Hanieliza ini ada banyak pecahan kandungannya yang memudahkan kita mencari resepi berdasarkan jenis makanan seperti daging, telur, ikan, dan sebagainya.
Antara isis kandungan dalam buku 1 Hari 1 Resepi adalah:
1. Senangnya Memasak Ayam
2. Senangnya Memasak ikan
3. Senangnya Memasak Daging
4. Senangnya Memasak Tauhu & Telur
5. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
6. Senangnya Memasak Sambal & Sos
Dan banyak lagi tajuk-tajuk masakan yang terdapat dalam buku ini.



Bukan itu saja, saya suka bila ada penerangan tentang daun kesum, daun kari, daun ketumbar serta lengkuas yang selalu kita gunakan dalam masakan kampung kegemaran kita. Alahaii...rasa sayang sangat dengan buku 1 Hari 1 Resepi ini.
Kualiti bukunya juga amat bagus, berkulit tebal dan dengan gambar berwarna warni menjadikan minat memasak semakin membara...
Nak buat resepi ikan bakar pun ada...kegemaran saya tu...hihi. Dahlah tersedia dengan langkah demi langkah, gambar-gambar dalam buku resepi 1 Hari 1 Resepi pun menarik dan berwarna warni. Orang tak ada selera makan pun jadi terliur dibuatnya...
Selamat membeli buku resepi istimewa ni ya...lebih-lebih lagi nak dekat ramadhan dan raya...banyak manfaatnya buku ini.
#kongsikan jika suka..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.