Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan. Masa mula-mula nampak buah pisang kaki, saya sangka ia buah tomato dari China atau Korea. Saya pun malas nak beli sebab tomato kita lagi bulat dan segar. Lamq-kelamaan rakan Cina saya perkenalkan kat opis dan kata ia buah pisang. Haaa? Pisang? Yea.. namanya pisang kaki! Haha.. nampak sangat yang saya ni kurang ilmu pertanian kan...

Baiklah. Kekawan kenal tak buah pisang kaki? Namanya dalam bahasa Inggeris di panggil persimmon. Mengikut kata Wikipedia...
Pisang kaki dengan nama lainnya kesmak atau kesemak ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa". Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra oren kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu. Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".

Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan


Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan

Persimmon atau pisang kaki mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Pendek kata ianya sangat bernilai tinggi dari segi perubatan. Antara khasiat buah ini ianya boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Buah ini juga amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Saya suka makan buah pisang kaki yang warna kemerahan kerana rasanya lebih manis dan isinya agak lembut. Kalau yang warna kuning tu masih keras lagi dan rasanya manis-manis buah. Sedap dimakan macam tu aje. Nak makan dengan kulit dan isinya sekali pun boleh. Tapi anak-anak tak berapa suka sebab pelik sikit rasanya.. kata mereka lah..😎😎

Tambahan khasiat buah pisang kaki yang anda boleh tambah pengetahuan. Buah pisang kaki juga mengandungi fitonutrien, flavonoid, serta anti oksidan seperti catechin (bahan yang bersifat antibiotik dan anti radang), turut mengandungi gallocathechins dan asid betulnicit, perencat tumor, beta karotena, lycopene, lutein, zeaxanthin dan crytoxanthin. Serta kaya dengan vitamin A dan Vitamin C serta B kompleks.

Kandungan dalam buah pisang kaki seperti flavonoid dikatakan membantu membunuh sel-sel kanser payudara tanpa merosakkan sel-sel payudara normal.

Fisetin juga berguna dalam pembasmian sel-sel kanser kolon dan prostat.

Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan
Pokok pisang kaki atau persimmon

Buah pisang kaki kaya dengan serat larut yang penting untuk kesihatan kardiovaskular dan penyakit jantung koronari.

Buah pisang kaki tinggi dengan kandungan glukosa dan agak tidak sesuai dengan pesakit kencing manis.

Sebagai pemberi dan penambah tenaga kerana kandungan glukosa yang tinggi.

Satu kajian di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia.

Tannin yang terdapat dalam pisang kaki juga berguna untuk merawat penyakit strok.

Dikatakan bahawa kandungan gula di dalam pisang kaki lebih tinggi dari pisang biasa. Jika anda menikmati makanan tinggi gula , adalah tidak digalakkan anda kerap menikmati pisang kaki dalam diet anda.

Kandungan diuretic di dalam pisang kaki amat bagus bagi mereka yang menghadapi masalah paru-paru dan jantung serta amat sesuai dengan mereka yang merokok yang terkenal dengan kekotoran nikotin di dalam paru-paru.

Terdapat pendapat mengatakan buah pisang kaki amat bagus untuk ibu mengandung kerana kandungan asid folik yang terdapat di dalam buah pisang kaki ini.

Buah pisang kaki yang tinggi kandungan fiber amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah penghadaman.

Pastikan anda menikmati buah pisang kaki dalam kadar sederhana kerana buah ini dikatakan jika di nikmati dengan perut kosong akan menyebabkan cirit birit, malah menikmati buah ini dalam amaun yang banyak juga boleh menyebabkan cirit birit.

Nikmatilah buah pisang kaki dalam diet anda kerana buah yang tinggi antioksidan ini membantu anda lebih sihat dan awet muda.

Khasiat buah pisang kaki yang tersenarai di atas adalah dari kompilasi dari pelbagai sumber. Mana yang baik dan berkhasiat marilah sama-sama kita amalkan. Semoga kita dan keluarga dapat mengamalkan cara hidup sihat dengan menambah pengambilan buah-buahan dalam diet harian kita.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close