Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Macam Mana Nak Dapatkan Hati Yang Sejahtera?

Macam Mana Nak Dapatkan Hati Yang Sejahtera? Hati yang sejahtera adalah cermin peribadi secara keseluruhannya. Hati yang sihat akan terpancar di wajah. Itu memang tak dinafikan. Orang kata, jernih je wajah dia.. mesti hati dia baik tu. Begitu kuat peranan hati walau berada di dalam boleh terpancar di wajah dan peribadi. Bagaimana nak dapat hati yang sejahtera? Adakah ia semudah kita mengira 1, 2, 3 dan kemudian hati itu begitu cantik? Ada banyak step dan cara ya kekawan untuk membentuk hati yang sejahtera.

Sebelum itu, nak sentuh sikit tentang perkongsian ilmu yang bermanfaat. Bila mati anak Adam, putuslah semua kecuali 3 perkara:

1. Doa anak soleh
2. Sedeqah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat

Mudah-mudahan dengan perkongsian ringkas di blog ini, boleh jadi pahala ilmu yang bermanfaat untuk kita semua. Mana yang elok, panjang-panjangkanlah.

Macam Mana Nak Dapatkan Hati Yang Sejahtera?


Betapa pentingnya memiliki hati yang sejahtera. Allah ada sebut dalam al Quran, Dia nak jumpa hambaNya yang kembali pada Dia dengan hati yang sejahtera. Yang tenteram. Yang tiada terisi sangka. Yang sentiasa berpaut pada Dia. Kenapa hati? Sebab bila hati kita sihat, cantik, baik, akan baiklah semuanya ❤️

Macam Mana Nak Dapatkan Hati Yang Sejahtera?

Macam mana nak dapatkan hati yang sejahtera?

Ada 3 perkara utama;

1. Solat
2. Quran
3. Zikrullah (mengingati Allah)

Dan setiap daripada point di atas ada pecahan dia. Cuba check balik solat kita. Hubungan kita dengan Quran. Sebanyak mana kita mengingati Allah, sekuat mana kita bergantung dengan Allah

Justeru, untuk mendapatkan hati yang sejahtera, kita kena bersungguh menjaga tiga perkara tersebut iaitu solat, membaca al Quran dan amalan zikir-zikir yang berterusan tanpa had.

Jom renungkan pesanan berikut sebagai panduan bersama:

1. Ujian adalah tanda perhatian Allah
2. Nak Allah sayang, satu je keyword dia, BAIK. Usaha jadi baik, sampaikan benda baik
3. Istighfar dan istiqomah datang bergandingan. Kita kena istiqomah dalam istighfar, sebab dengan istighfar je kita boleh istiqomah
4. Orang yang hebat adalah orang yang sentiasa rendah diri dan rasa diri dia hamba
5. Jangan menzalimi orang, sebab doa orang yang dizalimi Allah angkat
6. Tapi kalau orang buat jahat dengan kita, contohi sifat sabar Rasulullah, baginda berdoa untuk diri sendiri, dan untuk orang yang berbuat jahat, serah kepada Allah untuk membalasnya.
7. Dalam penghijrahan, perlukan ILMU dan KEFAHAMAN. Jangan berhenti berdoa semoga Allah izinkan kita jadi orang Islam yang berilmu dan mempunyai kefahaman yang benar. Sebab ramai orang tahu tapi tak faham
8. Allah tak pernah tolak doa kita, Allah Maha Mendengar. Cuma, its always YES or No or NOT YET
9. "Ikhtiar dengan manusia, berharap pada Allah."

Oleh itu, dalam setiap perkara yang kita lakukan jangan berhenti lakukan kebaikan. Dalam al Quran pun ada sebut, salah satu cara yang kita boleh buat untuk hapuskan dosa-dosa kita, adalah dengan berbuat kebaikan. Apa jenis kebaikan pun, yang termampu kita buat. Allah kata buatlah kebaikan, sebab dengan bebuat kebaikan boleh hapuskan dosa-dosa kita.

Jom sama-sama muhasabah diri.

Kalau hati sejahtera dan sihat, kita pasti mencintai ilmu yang dikongsikan. Tak mengira dalam bentuk apa ilmunya samada perbuatan, perjuangan, dalam bentuk tulisan dan sebagainya. Berasal dari tiga tunjang untuk mendapatkan hati yang sejahtera iaitu solat, al Quran dan zikrullah.. semoga dengan cara itu mampu membawa kita menjadi muslim yang cemerlang dunia akhirat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close