
Sambil buat dan masak telur goreng cendawan ni.. apa kata kita doakan sahabat muslim kita di bumi Palestine diberikan kekuatan, ketabahan, kejayaan dalam memerangi musuh islam iaitu Israel. Semoga pihak US gagal dalam usahanya menjadikan Jurusalem sebagai ibu negara Israel. Semoga Allah dan para MalaikatNya membantu sahabat-sahabat kita di bumi Palestine itu. AAMIIN.. YA ALLAH..
Resepi Telur Goreng Cendawan Berkuah Istimewa
Bahan-bahan:
3 biji telur
4 kuntum cendawan
1 sudu besar kacang peas
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih
1/2 biji tomato - potong dadu
1/2 sudu besar cili paprik
1 potong nenas - potong dadu
1 biji cili merah - potong bulat
1/2 biji buah oren - potong dadu
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Cara menyediakan telur goreng cendawan berkuah
1. Pukul telur bersama cendawan yang dihiris. Goreng dadar
2. Untuk membuat kuah.. ketuk bawang putih kemudian panaskan kuali masukkan minyak
3. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan air 1/2 senduk, masukkan cili sos, cili boh, sos tiram, garam dan gula. Biarkan ia sehingga mendidih
4. Kemudian masukkan sayuran tadi iaitu kacang peas, bawang besar, tomato, nenas, cili merah, dan buah oren.
5. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Kacau rata. Apabila masak, tuangkan kuah tersebut di atas telur yang digoreng bersama cendawan tadi.
Selamat mencuba resepi telur goreng cendawan berkuah ya. Kongsikan resepi ni jika suka dan follow page Kayoomanis, jika suka.

huihhh...first time dgr ni...insyaAllah nnt nak cuba!
ReplyDeleteYa ke? Dipersilakan cuba. Sedap dear..
Delete