Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Antara Amal Dan Dosa

Sebuah entri motivasi. Untuk kita renung-renungkan. Antara amal dan dosa. Antara syurga dan neraka. Pilihan di tangan siapa? Bila kita tanya ustaz, dia orang kata tepuk dada tanya iman. Betul kan? Betul lah tu.. kita nak pilih mana satu jalan, pilihan di tangan kita. Pilihan yang boleh membawa kita ke destinasi akhir.

Amalan dan keikhlasan harus seiringan. Kerana ikhlas tu seperti semut hitam di malam yang gelap, sukar nampak. Dinilai pun susah. Jika amal baik disalah bawa, ia jadi dosa pula. Takkan kita nak rugi atas segala apa yang kita usahakan? Bagaimana nak kawal apa yang kita buat? Bersederhana. Ikut saja suruhan Allah, lalui dengan gembira dan tenang. Serahkan semua kepada Allah. DIA yang akan menilai, bukan followers di Instagram atau Facebook. Hentikan tayang semuanya.. berpada-padalah!!


Antara Amal Dan Dosa



Sekalipun sidia pelaku maksiat, tidak semestinya dia penghuni neraka.

Sekalipun dia ahli ibadah, tidak bermakna dia penghuni syurga!

Antara Amal Dan Dosa

Kerana..

Dosa dapat dihapuskan dengan TAUBAT, tapi amal dan pahala juga mampu dimusnahkan oleh RIAK.

Sebab itu, kita tak dibenarkan bersangka-sangka terhadap orang lain, menghitung dosa pahala mereka berdasarkan amalan yang ditunjukkan.

Memang benar yang salah tetap bersalah di mata Tuhan. Tetapi yang berbuat baik jangan pula menunjuk akan kebaikannya jika itu pun tak dapat memberikanmu pahala. Maka berhentilah menunjukkan apa jua amal kebaikan yang kita buat jika itu nanti bakal meninggalkan cacian dari pihak yang lain pula.

Berdiam lebih baik.
Lakukan kebaikan dalam senyap.
Cukup sekadar orang sedar yang kita bukanlah berbuat jahat.
Takut, terlalu menunjuk mendatangkan riak. Itu yang paling kita takut, bila berlaku sebegitu.. segalanya cuma tontonan. Yang tak dinilai pahalanya. Rugi kan? 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close