Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Masak Guna Kuali Nonstick Lebih Selamat

Masak Guna Kuali Nonstick Lebih Selamat. Ha.. Bagi anda yang suka memasak pasti dah biasa dengan barangan kat dapur termasuklah segala periuk kuali yang digunakan. Ada yang tak kisah guna kuali atau periuk sebarangan untuk memasak. Yang penting boleh masak dengan cara yang mudah dan jimat.

Kalau dalam zaman mak-mak kita guna kuali yang biasa tu, nipis dan ringan. Senang nak cuci, ringan boleh buat lasak. Kat rumah saya pun ada juga. Kadang-kadang bila mood malas datang, sampai tebal bontot kuali tu hitam legam. Tapi bila masak, masakan macam lebih sedap pulak. Haha.. mitos ke betul ni??

Jenis-jenis kuali


Masak Guna Kuali Nonstick Lebih Selamat
Kuali Nonstick 

Masak Guna Kuali Nonstick Lebih Selamat
Kuali granite macam kat rumah

Kuali besi yang biasa mak kita pakai

Masak Guna Kuali Nonstick Lebih Selamat


Masak guna kuali non stick lebih selamat?
Ya ke?

Saya baca dari satu status di FB. Betul juga apa dia tulis tu.. boleh difikirkan.

Susulan sahabat saya Dr Rizal buat post padu mengenai cookware, ramai yang takut sebab memang non stick teflon cookware ni dah digunakan meluas. Jujur.. saya sendiri sangat-sangat takut tuan-puan sebab ni barang kegunaan harian. Saya awal dulu bila tau.. terus buang semua nonstick dan aluminium cookware kat rumah .. sampai tinggal sebijik je periuk stainless steel. Kesan alat masak nonstick teflon ni paling saya risau ialah kanser, kerosakan organ buah pinggang, hati dan gangguan hormon tiroid. Aluminium pulak sejenis logam toksik yang rosakkan saraf sebabkan nyanyuk, gangguan imuniti badan dan alahan .

Sikit-sikit bila kita panaskan makanan, bahan ni kumpul dalam kawasan berlemak badan kita seperti otak, saraf, organ dan sum-sum tulang. Kesannya kita dapat sakit kronik. . Jadi nak guna alternatif apa yang murah?

Kuali non stick lebih selamat


1. Cookware kaca dan clay antara paling selamat tapi berat dan jika jatuh mudah pecah.
2. Cast iron bukan pilihan saya sebab iron overload ni boleh sebabkan stres dalaman.
3. Tembaga pun sama boleh risiko stres dalaman dan copper toxicity.

Stainless steel pilihan murah, lebih tahan dan lebih selamat. Cuma sticky lah ye.

Jika nak non stick.. dan ada kemampuan.. beli granite atau ceramic.. Macam saya awal dulu beli yang "coating" saja.. make sure pilih PTFE/PFOA free.. sementara menabung beli yang besar macam yang sekarang ni, fully granite. . 

Memang rasa berat.. sebab tak murah.. tapi bayar sekali boleh guna bertahun-tahun.. boleh kurangkan risiko bertahun-tahun terdedah bahan toksik. . Saya percaya ini antara pelaburan paling berbaloi untuk kesihatan. . .

Sumber: FB Hafiz Sulaiman -Pejuang Kesihatan.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. What cookware makes the best cookware sets? Start by looking at the top-selling stainless steel cookware sets. best cookware 2020

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close