Header Ads

Tolong Cari Aku Di Syurga


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Tolong Cari Aku Di Syurga
Tolong Cari Aku Di Syurga. Syurga adalah tempat tujuan abadi hidup yang selama-lamanya. Menjadi niat setiap muslim untuk diterima masuk ke syurga Allah dari sejak ia lahir lagi. Janji kepada Allah sejak di Luh Mahfuz untuk taat sebagai hambanya hingga ke hujung nyawa. Beribadat kepadaNya.

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita
peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat sepatutnya. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan dan kedamaian yang dapat menyembuhkan ummat dari rasa sakit yang tengah dideritanya.

Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.” - (Hasan Al Banna)

Tolong cari aku di syurga

Tolong Cari Aku Di Syurga


Seorang srikandi Rom bernama Zinnirah berdoa, "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." 

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa". "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak."


Jika segala pengorbanan masih tidak cukup, aku takut aku tidak diterima menjadi ahli syurgaMu. Maka, aku akan terus melakukan kebaikan demi kebaikan walau dasarnya aku dipandang hina.

Biarlah aku merasa diri hina dan manusia paling hina agar aku berusaha menjadi lebih baik dan terbaik setiap waktu untuk membasuh kehinaan itu.

Sahabat, jika kau tak temui aku di dalam syurga, carilah aku di neraka. Tariklah tanganku dan bawalah aku bersama ke dalam syurga, tempat terbahagia yang kekal selama-lamanya.

Kita berbuat baik sebab itulah amanah kita yang mesti ditunaikan kepada pemilik alam ini. Berbuat baik bukan sebab nak riak atau bamgga diri. Kerana kita semua sama, manusia yang hina. Jadi, perbaharui semangat dan usaha untuk berbuat kebaikan setiap waktu agar taraf kita naik di sisi Allah.

Usah bersangka-sangka kepada Allah, Dialah yang menciptakan kita dan segalanya yang ada di atas muka bumi ini

Renungkanlah!!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.