Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Membuat Semakan KWSP i-Sinar Kategori 2

Cara Membuat Semakan KWSP i-Sinar Kategori 2. Kategori 2 adalah golongan yang tak layak memohon pengeluaran ketika i-sinar dilancarkan pada peringkat awal dulu kerana tidak cukup syarat. Bila syarat telah dimansuhkan, Kategori 2 boleh memohon dan semakan keputusan akan diperolehi bermula pada 8 Mac 2021.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran:
  1. Masih aktif
  2. Milik anda
  3. Bukan akaun bersama
  4. Akaun bukan syarikat

Cara Membuat Semakan KWSP i-Sinar Kategori 2


Cara Membuat Semakan KWSP i-Sinar Kategori 2



i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Cara Membuat Semakan


Bagi pencarum yang ingin membuat semakan dan mengetahui tarikh pembayaran bolehlah mengikuti langkah-langkah di bawah;

1. Layari laman web rasmi i-Sinar iaitu isinar.kwsp.gov.my

2. Klik ‘SEMAK STATUS’

3. Masukkan no kad pengenalan dan telefon bimbit

4. Klik ‘SEMAK STATUS’

Keputusan status permohonan dipaparkan dan tarikh pembayaran akan dipaparkan.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemudahan i-Sinar ini, bolehlah terus menghubungi talian rasmi KWSP, atau layari www.kwsp.gov.my


Syarat Jumlah Pengeluaran


Jumlah pengeluaran bagi kemudahan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut :

● Pencarum yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 ke bawah di dalam Akaun 1 mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 sehingga 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum RM5,000.

● Pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100,000 di dalam Akaun 1 mereka mempunyai akses kepada jumlah pembayaran sehingga 10% dalam simpanan Akaun 1 mereka dan maksimum pengeluaran adalah RM60,000. Bayaran pertama yang boleh dipohon maksimum RM10,000.

Cara semak i-sinar kategori 2

Anda kategori mana?? Kini giliran mereka yang tak dapat keluar KWSP Akaun 1 dengan syarat-syarat tertentu, akan dapat peluang keluar dan jatuh dalam Kategori 2. Orang Kategori 2 boleh keluar maksimum RM60,000 bila akaun 1 mereka ada lebih RM100,000 caruman. 

Bila dah dapat keluar wang KWSP nanti, rancanglah perbelanjaan anda dengan berhati-hati. Jangan langsung percaya dengan pelbagai sindiket yang sedang cuba mengambil kesempatan. 

Cadangan Perbelanjaan Duit KWSP i-Sinar


Duit yang dapat tu, boleh digunakan untuk menyelesaikan baki hutang berkala anda yang dalam skala kecil seperti:

1. Selesaikan hutang kad kredit, jika ada
2. Selesaikan hutan belajar seperti PTPTN, MARA
3. Selesaikan hutang dengan kawan-kawan, ibubapa, adik-beradik
4. Simpan dalam tabung amanah saham yang diiktiraf oleh kerajaan, bukan skim cepat kaya. Contohnya ASB, ASNB, 
5. Jangan berhutang lagi. Beli barangan secara tunai seperti alat perabot, TV, Peti sejuk dan sebagainya. Jangan berhutang dengan AEON, dan lain-lain
6. Tak perlulah gatal nak kahwin lagi atau pasang skandal. Kerana, ini semua akan jadi akibat anda hilang semua wang i-Sinar anda. 
7. Bakinya jika masih ada, simpan dalam tabung kecemasan keluarga, contohnya untuk keperluan anak-anak, sakit demam, untuk perbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan dan banyak lagi. JANGAN LALAI MEMBAZIR TAK TENTU ARAH.

Jika tidak berwaspada, ditakuti anda akan menambah hutang berganda-ganda dan akan menyalahkan kerajaan lagi jika tidak dibantu.

Memang wang KWSP adalah duit anda, anda berhak untuk menikmatinya. Tetapi, ingatlah.. Jika dulu anda tidak mencarum dalam KWSP.. adakah anda akan nikmati apa yang anda dapat hari ini??

Fikirkanlah!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close