Header Ads

3 Cara Diet Mudah Dengan IF, Diet 5:2 Atau Eat Stop Eat? Mana Pilihanmu??


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. 3 Cara Diet Mudah Dengan IF, Diet 5:2 Atau Eat Stop Eat? Mana Pilihanmu??
3 Cara Diet Mudah Dapat Turunkan Berat Badan. Selalu jealous tengok orang ramping, aktif, sihat dan dapat bergerak pantas. Jadi, bila keadaan dah jadi menyusahkan pulak kat tubuh badan kita, takkan kita nak tunggu dan lihat je keadaan bertambah parah. Ya tak? Apa patut kita buat? Diet? Diet yang macam mana? Mestilah kita pilih diet yang natural, tak mahu makan pil dan sebagainya. Gunakan cara diet yang sihat dan mudah. Okay? 

Selanjutnya, saya akan share cara diet yang mudah dan sesiapa saja boleh buat tetapi dengan syarat ada kemahuan diri yang kuat. Sebab apa? Kerana yang akan menjalani rutin diet tersebut adalah kita, bukan orang lain. Yang nak bertahan dengan diet pun tubuh kita, so pilih cara yang sesuai dengan tubuh kita.

3 Cara Diet Mudah Dengan IF, Diet 5:2 Atau Eat Stop Eat? Mana Pilihanmu??
Gambar ehsan Google

3 Cara Diet Mudah Dapat Turunkan Berat Badan


Antara cara diet yang mudah dan yang biasa saya buat;

The 16/8 Method 

Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan masa 16 jam berpuasa dan 8 jam masa untuk makan. Contohnya boleh memulakan hari dengan mengambil sarapan pada pukul 7.00 pagi dan boleh makan sehingga pukul 3.00 petang. Kemudian boleh mula berpuasa sehingga 16 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh makan semula ketika sarapan esok harinya pada pukul 8.00 pagi.

Paling mudah ambil telur dalam diet anda. Pelbagaikan teknik menyediakan telur tersebut. Telur boleh ditabur dengan chia seed dan ceylon cinnamon. Ceylon cinnamon ni termasuk dalam kategori superfood dan siapa yang amalkan berterusan boleh awet muda dan cepat turun berat badan tau.


Chia seed pula bantu untuk kekal kenyang supaya perut mampu bertahan sehingga next meal jam 5 atau 6 petang nanti.

Sarapan selepas 15 jam Intermittent Fasting (IF). Dalam menu dinner pulak, kena ada protein, sayur dan buah-buahan untuk melengkapkan nutrisi. Biar colorful baru selera.

Diet cara Intermittent Fasting lebih mudah kerana boleh makan apa sahaja termasuk makanan kegemaran cuma perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Namun, keistimewaan intermittent fasting ini adalah pelakunya boleh memilih waktu yang sesuai dengan gaya hidupnya untuk berpuasa. 


Eat-Stop-Eat 


Diet dengan cara ini nampak lebih mudah tetapi pelaksanaannya mungkin sedikit mencabar. Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa iaitu tidak mengambil sebarang makanan selama 24 jam tetapi boleh minum air.

Sebagai contoh boleh menikmati makanan sehingga pukul 7.00 petang pada hari Sabtu. Kemudian berpuasa sehingga pukul 7.00 petang hari Ahad keesokannya. Selepas berpuasa boleh kembali makan seperti biasa dengan mengambil 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 sehari untuk lelaki.

Kaedah ini menggalakkan berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu dan tidak boleh lebih daripada dua kali seminggu. Tidak juga dibenarkan melakukan amalan berpuasa ini dua hari berturut-turut.

Walaupun hanya mengamalkan amalan berpuasa sehari seminggu dapat mencipta defisit kalori sebanyak 10 peratus. Buat permulaan jika tidak mampu melakukan selama 24 jam boleh cuba dengan cara berperingkat mengikut kemampuan tubuh.

The 5:2 Diet 


Diet mengikut kaedah ini pula tidak mengehadkan pengambilan makanan seharian sebaliknya mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan hanya 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa.

Sebagai contoh, dua hari dalam seminggu, anda makan 25 peratus daripada rutin makan harian. Secara teknikalnya wanita hanya boleh makan dalam 500 kalori manakala lelaki pula dalam 600 kalori. Baki lagi 5 hari boleh meneruskan pola pemakanan yang biasa anda amalkan.

3 cara diet dah saya kongsikan. Mana satu pilihan anda? IF, eat-stop-eat atau 5:2 diet?? Pilihan di tangan anda. Yang penting konsisten dengan apa yang anda buat dan ambil jumlah nutrisi yang perlu untuk tubuh anda. 

Diet bukanlah nak menyeksa badan dengan tidak makan langsung, namun ambil makanan dalam jumlah dan keperluan yang sesuai dengan tubuh badan kita.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.