Header Ads

4 Janji Allah Dalam Al Quran


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. 4 Janji Allah Dalam Al Quran

4 janji Allah Dalam Al Quran. Bila kita buat sesuatu perkara atau pekerjaan, kita pasti nak balasan kan? Buat baik dibalas baik. Buat kerja overtime pun nak bayaran. Begitu juga dengan amalan baik kita ketika di dunia mestilah hendakkan balasan di syurga. Dimasukkan ke dalam syurga Allah. Mudah-mudahan urusan kita di atas dunia ini akan mendapat ganjaran yang setimpal. Aamiin..

Begitulah Allah janji dalam al Quran. Allah janjikan beribu ganjaran kepada hambaNya yang mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Mudah je, apa Allah larang dalam al Quran tinggalkan terus.. 

4 Janji Allah Dalam Al Quran

4 Janji Allah Dalam Al Quran


Dalam al Quran Allah telah berjanji:

1. Jika kalian bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmatKu untuk kalian. - surah Ibrahim ayat 7

2. Ingatlah kepadaku nescaya Aku ingat kepada kalian. - surah al Baqarah, ayat 152

3. Berdoalah kepadaKu, pasti Aku kabulkan untuk kalian. - surah Ghafir, ayat 60

4. Tidaklah Allah mengazab kepada mereka, selama mereka memohon ampun (beristighfar kepada Allah). - surah al Anfal, ayat 33

Itulah 4 janji Allah dalam al Quran. Kita bersyukur, Allah tambahkan nikmat. Kita ingat Allah, Allah akan sentiasa ingat kita setiap saat.

Sentiasa berdoa kepada Allah sebelum melakukan pekerjaan, sesudah berjaya atau sedang nak buat keputusan. Berdoalah kepada Allah. Dia pasti akan tunjukkan jalan kepada kita, dalam pelbagai bentuk dan cara.

Akhir sekali, jangan lupa setiap masa terluang atau teringat, mohonlah ampun kepada Allah. Kita ni kan pendosa, makhluk yang tak sempurna. Maka, mohonlah ampun kepada Allah. Beristighfarlah. Insya Allah, Dia Maha Pengampun.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.