Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kita Bukan Sesiapa Untuk Menilai Sesiapa Pun!

Kita Bukan Sesiapa Untuk Menilai Sesiapa Pun! Kita tak sempurna seinci pun, janganlah bangga sangat jika rumah bertingkat-tingkat, berkereta mewah atau usah mendabik dada dengan jawatan tertinggi dalam jabatan. Kerana bila nyawa dah tiada, kita bukan sesiapa pun. Tak ada orang bawak sijil kelayakan dalam kubur, kereta besar pun orang lain yang ambil alih nanti. 

Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati

Jahat atau Baik kita.
Solat jangan ditinggalkan.
Solat Bukan sebab kita baik.
Solat sebab perintah Allah.
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...
Solat lah ... 
Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...

NABI saw tidak kagum dengan pangkat & kekayaan manusia.
Jika tidak, sudah pasti Gunung yang hendak di tukarkan kepada emas tidak ditolak oleh BAGINDA...

Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....
Kalau dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yg di kongsi itu bonus...

Kita bukan sesiapa

Kita Bukan Sesiapa Untuk Menilai Sesiapa Pun!


Sehebat mana pun kita... kita tetap Akan mati....
Sehina mana pun kita... kita tetap Akan mati..
Takut mcm mana pun dengan mati... tetap Akan mati...
Berani macam mana pun ... tetap Akan mati
Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini... tetap Akan mati...

Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...

Ingat mati ...
Renungkan Saat sendirian setelah mati. 
Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati.
Kita tak bawa sijil tertinggi yang kita Ada. 
Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....

Teruslah melangkah,
selama engkau di jalan yang baik
Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun
Kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua
kebaikan yang kamu lakukan

Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu 
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza
Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Mudah2an kita memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close