Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya. Dalam amalan harian sebagai seorang muslim, kita pasti ada mengamalkan surah-surah lazim dari al Quran. Surah yang mudah, pendek dan boleh dibaca sebagai zikir dan doa bila kita berkesempatan. Kalau di sekolah agama, surah lazim ada banyak, memang kena hafal terutamanya bila ujian hafazan. Budak darjah 1, 2 atau 3 bolehlah hafaz surah lazim yang pendek dan ringkas, tetapi semakin tinggi kelasnya.. Kenalah hafal surah yang panjang sikit.

Dalam kebanyakan surah lazim, surah 3 Qul yang paling digemari. Seawal kanak-kanak berusia 4 tahun dah boleh hafaz surah 3 Qul ini. Apa yang dipanggil surah 3 Qul itu? Antara Surah 3 Qul adalah surah dalam al Quran yang bermula dengan Qul iaitu surah al Ikhlas, al Falaq dan an Nas. Surah al Kafirun pun bermula dengan Qul tetapi mengambil yang biasa orang sebut 3 Qul.. Itulah surah-surahnya.

Artikel berkaitan .. [Surah al Kahfi | Agar terhindar dari fitnah Dajjal]

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya


Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya

Fadhilat Surah an Nas


Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

1. Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.

2. Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.

3. Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik

Keistimewaan Surah Al-Falaq


1. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).” (HR Muslim r.a.)

2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”

3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”

Surah Al-Falaq merupakan surah ke-113 didalam Al-Quran. Nama Al-Falaq yang bererti waktu Subuh, disebut pada ayat pertama surah ini. Keutamaan surah ini selalu bersama surah An-Nas lantas disebut sebagai Surah Al Mu’awwidzataini.

Kedua surah ini mengandung ta’widz (perlindungan).

Sama seperti surah An-Nas, di dalam surah ini Allah menegaskan padaNyalah manusia memohon perlindungan dari segala bentuk kejahatan.

Fadilat Surah Al-Falaq


Surah Al-Falaq seringkali dibaca bersama Surah An-Nas untuk tujuan berikut:

1. Jika dibacakan sebelum tidur, ia bertujuan untuk menghindari dari segala macam jenis sihir, godaan syaitan yang terkutuk, baik yang berasal dari golongan manusia maupun jin.

2. Bila dibaca 100 kali, dapat melindungi diri dari akan godaan syaitan, manusia, kegelapan malam, mahupun kejahatan manusia.

3. Bila dibaca 3 kali waktu pagi dan petang, Allah akan mencukupkan keperluannya.

Fadhilat surah al Ikhlas


Fadhilat surah al ikhlas boleh dibaca secara terperinci di blog shafiqolbu.com. Saya sekadar membariskan senarainya sahaja.

1. Mengusir iblis dan syaitan

2. Sebahagian al Quran

3. Khatam al Quran

4. Pahala membacanya

Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.

Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membacasurah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”

“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”

5. Penebus diri

6. Diampuni dosanya oleh Allah SWT

7. Selamat di alam barzakh

8. Balasan syurga

9. Dipelihara keselamatan

Dalam perkongsian di atas surah 3 Qul dan fadhilatnya, adalah kompilasi daripada beberapa sumber yang saya letakkan dalam coretan dalam blog ini. Sebenarnya kita semua dah biasa, dah lazim sangat dengan surah 3 Qul dan tahu maksud terjemahannya. Cuma, kadang-kadang fadhilat surah-surah tersebut yang kita kurang fasih. Tapi bila dibaca semula, betul apa kata ustaz dulu, kan?

Jadi, tujuan perkongsian di atas adalah sebagai satu peringatan dan percambahan ilmu yang kita telah ada dan semakin bertambah yakin untuk mengamalkannya. Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close