Header Ads

Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Waktu Bersahur


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Waktu Bersahur
Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Bersahur. Sengaja saya tulis tajuk macam tu walau pun menu ni tadi saya masak waktu lunch. Sebab ikan masak kicap lah yang paling laku untuk menu sahur anak-anak kami. Ada kuah kicap sikit, lepas tu ikan goreng garing sikit. Mmmm... memang sedap!!


So, kalau nak sahur esok pagi atau sahur waktu bulan ramadan nanti, boleh je guna resepi yang saya share kan. Semoga ia menambah koleksi idea kita nak prepare pada bulan ramadan yang bakal menjelma. Insya Allah. 



Walau nampak simple, ikan kembung masak kicap ni bukan biasher biasher ya kekawan.. makan dengan keropok ikan dan kobis masak lemak putih, memang kaww!

Resepi Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Bersahur


Bahan-bahan:

8  ekor ikan kembung - bersihkan
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
5 tangkai cili hidup - hiris kasar
1 batang kayu manis
Kicap lemak manis - secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Tambahan:

1 biji bawang besar & daun sup sebagai hiasan

Cara Masak Ikan Kembung Kicap Hidangan Mudah Waktu Bersahur


1. Goreng ikan kembung yang disalut garam dan kunyit hingga garing. Ketepikan.

2. Tumis batang kayu manis dulu hingga naik bau. Masukkan bahan yang dihiris seperti bawang besar, bawang putih, halia dan cili hidup. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan kicap secukupnya. Nak banyak atau sikit, terpulang. Kalau nak berkuah, lebihkan kicap.

4. Masukkan ikan kembung yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

5. Perisakan dengan garam dan gula.

6. Taburkan hirisan bawang besar sebagai hiasan. Biar layu sedikit dan matikan api.

7. Nak tabur daun sup pun boleh.

Mudah je kan buat ikan kembung masak kicap untuk waktu sahur anda. Mata lebih segar dan makan pun berselera.

Kalau waktu biasa pun dah cukup pembuka selera, inikan di waktu pagi buta. Hehe..

1 comment:

  1. Thank share resepi...nampak cam menarik je..nanti boleh try buat untuk dinner..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.