Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Apakah Warna Air Kencing Anda?

Apakah Warna Air Kencing Anda? Dalam musim perayaan ni, kita kena kurangkan pengambilan minuman bergas sebaliknya kena ambil banyak air masak. Ini kerana kita telan macam-macam makanan, so kenalah imbangi apa yang masuk ke badan kita. Apa yang kita minum akan mempengaruhi warna air kencing kita yang keluar nanti. Tak risau ke bila warna air kencing menjadi kuning pekat keperangan. Itu tanda badan kurang sihat, perlukan kawalan dengan apa yang kita minum dan makan.

Apakah Warna Air Kencing Anda?


Anda sudah tahu apakah warna air kencing anda? Setiap kali buat pemeriksaan  doktor, adakah anda check warna air kencing anda? Jom semak warna air kencing masing-masing. 

Gambar Air Kencing Anda?

1. Jika warna air kencing anda adalah pada tahap 1, 2 & 3, iaitu warna jernih, pucat dan tidak berbau, banyak dan kerap, Maka anda cukup hidrat. Jadi terus minum air seperti biasa.

2. Namun jika air kencing anda berada pada nombor 4 - 8, kuning pekat, sedikit dan kurang. Berbau agak kuat. Anda telah dehidrasi. Anda kena minum banyak air.

Jika diperhatikan jika anda kurang minum air, warna air kencing anda akan kekuningan dan adakala warnanya agak pekat. So, kenalah ambil air masak banyak-banyak. Bukannya ambil air berkarbonat atau air manis-manis ya. Nanti lain pula jadinya.

Jaga kesihatan anda. Usah makan atau minum mengikut nafsu, sesuka hati hingga tak menghiraukan kesihatan sendiri. Kalau dah sakit siapa yang susah?? Kita dan keluarga kita juga yang akan menanggungnya.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments