Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Doa Pada Akhir Ramadhan

Doa Pada Akhir Ramadan. Alhamdulillah.. dapat juga kita menjalani ibadah puasa dalam bulan ramadhan yang mulia. Apakah status puasa kita ini? Adakah ia diterima oleh Allah SWT. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. Namun sebagai hambaNya, kita buatlah yang terbaik dan seikhlasnya puasa kita itu. Semoga kita semua menjadi antara hambaNya yang terpilih di kalangan orang yang dirahmati dan diterima segala amal ibadat kita sepanjang ramadhan ini dan juga pada masa-masa mendatang.

Marilah sama-sama kita amalkan doa pada akhir ramadan ini, semoga segala dosa diampunkan dan Allah menerima segala taubat kita dan menjadi mukmin yang bersih suci sesudah ramadan pergi..
Gambar Doa Pada Akhir Ramadhan

Doa Pada Akhir Ramadhan


Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami 

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. 

Gambar Doa Pada Akhir Ramadhan

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. 

Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3


Aamiin3 ya rabbal'aalamiin..

Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, mohon Allah redhai kita dengan amal ibadat kita yang lepas, masa kini dan akan datang. Hanya redha Allah yang kita harapkan. Semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang. 

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Aamiin
    Semoga kita akan bertemu lagi ramadan2 yang akan datang

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.