Marilah kita saling menjaga antara kita, patuhi segala usaha yang kerajaan buat, bersabar sementara kerana di sebalik kesukaran pasti ada kemudahan yang menanti di penghujungnya. Itulah janji Allah. Okay 👌👌
Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal
Berbalik kepada bulan syawal sekarang ni, berapa hari kah puasa yang anda tinggal kerana sebab-sebab yang dibolehkan? So, sementara masih dalam tempoh PKPB ni, boleh juga kita sambung puasa enam hari di bulan syawal sambil bayar balik puasa yang kita tinggal tu. Bagus kan?

Sempurnakan ibadah ramadhan anda dengan puasa enam hari di bulan syawal.
Hadis Riwayat Muslim, "Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup."
Kalau nak rasa ada geng puasa enam, berpakatlah dengan anak beranak suami isteri dan kawan-kawan sekerja, pasti mood puasa enam itu akan rasa lebih meriahnya dan semangatnya.
Saling memberikan sokongan adalah satu kaedah yang berjaya saya lakukan selama ini dalam mengajak kawan-kawan sà ma-sama berpuasa 6.
Puasa enam dalam bulan syawal boleh dilakukan di sepanjang bulan syawal, bukan mesti kena puasa enam hari berturut-turut. Okay. Harap semua dah faham..
Salam syawal semua ❤🌹
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.