Kalau anda tak pernah cuba, maka boleh lah cuba. Kuah jadi pekat dan memang lemak masin dan manis semua ada. Sedapnya hingga menjilat jari.. hehe


Resepi Ayam Masak Kicap Bersantan
Resepi ayam masak kicap bersama dengan santan ni baru first time saya cuba. Tak sangka sedap lemak rasanya, anak-anak pun suka. Jangan risau ya, walau letak santan, ayam masak kicap bersantan ni masih tahan lama. Tak basi pun, yang penting kena kerap panaskan jika dah semalaman.
Jom kita tengok baham-bahannya:
1 ekor ayam - bersihkan dan kerat kepada 16 bahagian
Sedikit rempah 4 sekawan
2 batang serai - diketuk
5 tangkai cili hidup - belah empat - untuk hiasan
1 cawan santan
1 botol kecil Kicap lemak manis
Garam dan gula secukupnya
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
10 tangkai cili kering
Sedikit rempah 4 sekawan
2 batang serai - diketuk
5 tangkai cili hidup - belah empat - untuk hiasan
1 cawan santan
1 botol kecil Kicap lemak manis
Garam dan gula secukupnya
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
10 tangkai cili kering
Cara penyediaan:
1. Ayam gaul dengan kunyit dan garam, kemudian goreng hingga masak. Toskan minyak. Ketepikan.
2. Tumis serai dan 4 rempah 4 sekawan hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan biarkan masak.
3. Masukkan kicap dan kacau rata. Perisakan dengan garam dan gula. Masukkan cili hidup. Biar seketika.
4. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata, biar semua ayam kena dengan kuah kicap tadi.
5. Akhir sekali, masukkan santan. Biarkan mendidih. Bila sudah sekata warna dan rasa, matikan api.
Siaplah hidangan ayam masak kicap bersantan anda. Mudah kan?
Santan masukkan akhir sekali supaya ia tidak terlebih didih, nanti mudah basi.
Selamat mencuba ya..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.