Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

3 Penghormatan Wanita Terhadap Diri Mereka

3 Penghormatan Wanita Terhadap Diri Mereka. Wanita mesti hidup dengan maruah, usah menggadai maruah kononnya kerana cinta dan sayang. Peganglah agama sekukuhnya walau di mana wanita itu berpijak. Tak kira di dunia yang masalah sosialnya paling tinggi atau di atas negara yang digelar bumi Anbia' atau serambi mekah sekalipun, tetaplah kuatkan iman dan takut kepada Allah. Allah melihat apa yang kita perbuat walau dalam tanah tempat orang tak nampak. Allah Maha Melihat yang nyata dan tersembunyi.

Wanita dan kehormatan, umpama isi dengan kuku. Lekat jitu dan saling berdampingan. Usahlah sewenang-wenang kamu menggadai maruah hari ini dengan harapan esok masih ada. Yakinkah kamu bahawa esok itu buatmu? Maut boleh datang menjemput tak mengira masa waima ketika kamu sedang menggadai maruahmu! Ingat ya, maut tak pernah terlewatkan walau sesaat.


3 Penghormatan Wanita Terhadap Diri Mereka


Wanita mesti menghormati dirinya sendiri, menjaga diri sendiri sebelum ada orang lain yang menjaganya iaitu mahramnya. Maruah mesti hidup penuh bermaruah, menjaga auratnya dan akhlaknya walau di mana dia berada.

Gambar 3 Penghormatan Wanita Terhadap Diri Mereka

Apakah yang mesti wanita hormati? Apakah yang wanita mesti jaga untuk mengangkat martabatnya di mata umum?

1. Kemuliaan ('Izzah)


Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedudukan wanita itu sendiri. Begitu banyak kelebihan wanita yang disebutkan oleh nas-nas yang sahih. Di antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ الدُّÙ†ْÙŠَا Ù…َتَاعٌ ÙˆَØ®َÙŠْرُ Ù…َتَاعِ الدُّÙ†ْÙŠَا الْÙ…َرْØ£َØ©ُ الصَّالِØ­َØ©ُ

Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ [Riwayat Muslim (715)]
Baca selanjutnya dari : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2381-irsyad-al-hadith-siri-ke-264-fitnah-dan-kemuliaan-wanita

2. Memelihara maruah Diri ('Iffah)


Wanita mesti menjaga maruah diri demi menghormati dirinya sendiri. Mesti meletakkan dirinya dalam keadaan yang selamat dari keadaan subhah yang boleh orang perlekehkan.

Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah:
◾ Untuk mendapat keredaan Allah SWT.
◾ Untuk memelihara maruah diri dan keluarga.
◾ Supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Baca selanjutnya : https://lifeilmiedutech.wordpress.com/menjaga-maruah-diri-2/

3. Sifat Malu (al - Haya)


Sifat malu ni lah dinding tebal dan kebal untuk wanita. Dia malu bertempat dan menurut syariah. Maksudnya, malunya bukan membuta tuli hinggakan dia boleh dipijak-pijak, dianiaya atau dizalimi. Wanita mesti malu dari segi memenuhi tuntutan syariah seperti malu membuka aurat, malu bermaksiat, malu membuka aibnya dan orang sekeliling dan banyak lagi.

Islam mementingkan sifat malu kerana ia mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: "Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya." (Riwayat al-Hakim)

Sesuatu kemungkaran yang berlaku sebenarnya didasarkan kepada ketiadaan sifat malu dalam diri manusia. Kehilangan sifat ini akan menyebabkan seseorang berani melakukan maksiat secara terang-terangan baik di khalayak ramai, apatah lagi di depan Allah SWT

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close