Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hilangkan Dahaga Di Cendol Pok Nik Sungai Petani, Kedah

Hilangkan Dahaga Di Cendol Pok Nik Sungai Petani, Kedah. Throwback kisah semalam. 9 Julai 2020, budak asrama boleh ambil barang-barang sebab abang senior nak guna bilik dia orang, tetapi kemudian KPM kata dah boleh naik pada 15 Julai. So, ada yang datang ambil jugak sebab nak cuci baju segala, anak saya ambil sebab dapat tukar MRSM ke negeri sendiri iaitu Johor. Selamat tinggal MRSM Merbok. Ada jodoh kita ketemu lagi ya...


Oh ya, anak kecil saya dapat pindah ke MRSM Mersing. Itu kisah permohonan rayuan pertukaran yang saya hantar ke MARA pada bulan Februari yang lepas. Alhamdulillah., dah itu rezekinya yang Allah beri bagi orang yang sabar.

Alang-alang dah turun Kedah, kita singgah lagi cari laksa Kedah. Dan seperti sebelum ini saya pernah coretkan, kami singgah lagi di warung Cendol Pok Nik untuk hilangkan dahaga. Kami sampai dalam pukul 11.30 pagi, so orang belum ramai. Selesa sikit.. hehe..
Gambar Hilangkan Dahaga Di Cendol Pok Nik Sungai Petani, Kedah

Cendol Pok Nik versi special. Maknanya semua ada, iaitu kacang merah, pulut, jagung, susu, cendol.. tanya saya sedap ke? Saya bagi rate 7/10. Memang sedap, santan rasa segar, manisnya cukup, kacang merah lembut cuma beras pulut ada keras sikit. Yang lain okay..

Kalau cendol biasa, kacang merah dan beras pulut tak ada.

Gambar cendol Pok Nik Kedah

Hilangkan Dahaga Di Cendol Pok Nik Sungai Petani, Kedah


Selain cendol, warung Pok Nik juga jual laksa Kedah, char kue teow, nasi ayam, bihun sup daging dan banyak lagi. Menu simple simple je..


Husband suka betul dengan laksa dia, order tambah 2 kali. Hmm.. entah apa yang sedap bagi dia, saya rasa sama macam mak dia buat 2 minggu lepas tu.😅😅


Inilah anak bujang kecil saya, usia 13 tahun dan tinggi dekat 166 cm. Memang tak kecil sebab ketika pendaftaran MRSM yang lalu, cikgu ingat dia pelajar tingkatan 4. Teman sebaya yang tak kenal pun panggil dia abang. Siap hormat lagi.. hehe


Kami order laksa kedah 5 pinggan, cendol special 3 dan biasa satu. Semua total dekat RM29.00. Okay.. tak mahal. Yang penting memori tu..

Istimewanya kali ini, kita orang bawa abang dia sekali sebab kan student overseas ada yang tengah cuti semester. Lagipun abang dia balik awal May hari tu sebab Covid-19. So, dapat si abang melawat asrama si adik yang sementara tu.. rupa-rupanya si abang pernah datang MRSM Merbok 3 tahun lepas masa game rugby.. mengimbau jugak la tu

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Alahai...sedapnya cendol dan laksa.. Kami kadang2 kalau datang teringin nk makan cendol, memang kami pusing area rumah kami ni g cari Cendol..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close