Header Ads

Cara Mengatasi Sikap Panas Baran


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Cara Mengatasi Sikap Panas Baran
Cara Mengatasi Sikap Panas Baran. Panas baran adalah satu sikap yang tak elok dan mesti dibendung agar tidak memudaratkan orang lain di sekitar kita. Sikap panas baran bukan saja di bawa oleh orang lelaki tetapi juga ada pada sesetengah wanita. Cuma, bila panas baran terjadi pada orang lelaki, tenaga kemarahannya lebih sekali ganda dari wanita kerana fizikal mereka yang lebih kuat. Itu pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman di sekeliling.

Sikap panas baran boleh dibendung dengan beberapa cara antaranya dengan bertenang, tarik nafas dan tidur seketika jika keadaan baran sedang memuncak. Namun begitu, untuk bacaan lanjut, anda boleh baca sampai habis artikel ini untuk sama-sama kita mencari jalan mengatasi masalah panas baran.


Ciri-ciri orang panas baran, antaranya kurang sabar, mudah naik marah pada benda yang remeh, wajah tak ceria, cakap kasar dan sebagainya. Jika anda berada di sekitar orang yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan, berhati-hatilah dalam bergurau atau bercakap. Orang panas baran mudah sentap dan sering gagal mengawal tindakannya.

Cara mengatasi sikap panas baran

Cara Mengatasi Sikap Panas Baran


Marah merupakan satu perasaan yang wujud secara semulajadi dalam diri setiap manusia. Ia juga satu ekspresi yang muncul kadangkala secara spontan tatkala kita disakiti, dizalimi atau menghadapi sebarang masalah.

1. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan


Menahan amarah dan mengawalnya merupakan satu sikap yang amat terpuji dan dituntut. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Tahan amarahmu.

Allah SWT juga menyifatkan antara ciri orang yang beriman dan bertawakkal kepada-Nya:

وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ

Maksudnya: ...dan apabila mereka marah, mereka segera memaafkan. (Surah al-Syu’ara’ (37)

Nabi SAW juga pernah bersabda:

لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Maksudnya: Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah.
- Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609)

Baca selanjutnya : https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2731-al-kafi-877-nasihat-dan-tips-untuk-mengawal-kemarahan

2. Diam


Diam ketika marah adalah juga salah satu taktik mendamaikan hati. Jangan tambah dengan kata-kata yang pedas. Nanti lain pula jadinya. Kita diam bukan bererti kalah atau bersalah. Diam kerana kita tidak mahu menambah perbalahan. Orang yang diam saat marah adalah orang yang bijaksana.

3. Bawa diri keluar dari situasi yang tegang itu


Kalau diam pun tak jalan, si polan masih lagi mencabar kemarahanmu, maka beredarlah dari tempat itu. Biarkan dia dengan makian dan caciannya. Kerana kita tidak mahu jadi seperti dia, pemarah dan panas baran yang hanya mengikut hawa nafsu. Syaitan bertepuk tangan bila kata marah sambil mengeluarkan kata-kata kesat. Bila keadaan sudah pulih, berkatalah pula bagi pihakmu.

4. Ambil wuduk/ basuh muka


Bila marah badan terasa panas berbahang. Tangan pun dan gigil nak pukul orang. Betul tak? Maka disarankan oleh para ustaz bahawa membasuh muka atau berwuduk adalah salah satu cara mengawal marah atau sifat panas baran. Air sifatnya sejuk, sesuai memadam kepanasan orang yang sedang marah.

Kesimpulannya, semua orang ada sifat marah. Tak banyak, sikit pun pasti ada. Kerana manusia sifatnya tidak sempurna. Namun, jangan diikutkan hawa nafsu jika sedang marah kelak nanti badan binasa. Istighfar juga boleh mengendurkan rasa marah dan menyejukkan hati.

Semoga bermanfaat.

2 comments:

  1. Waktu marah diam supaya tidak keluar kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain.. dan juga supaya kita tak salah buat keputusan

    ReplyDelete
  2. masa marah tajamnya lidah kita mengguris hati orang

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.