Header Ads

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa
Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa. Tak pernah orang yang berdoa pulang dengan tangan kosong kerana Allah telah berjanji dalam al Quran. "Mohonlah kepadaKu, maka Aku perkenankan." Peganglah janji-janji Allah dengan yakin, kerana semua doa-doa akan dimakbulkan oleh Allah pada saat yang tepat dan pada waktu kita memerlukan.

Cepat atau lambat doa kita dimakbulkan, terserah pada perancangan Allah. Berdoalah tanpa jemu. Bukan doa untuk diri sendiri juga malahan kita digalakkan untuk mendoakan saudara kita yang lain. Salah satu hak sahabat kepada sahabatnya yang lain adalah hak mendoakan kesejahteraan mereka. Biar tidak diketahui, tetapi istiqamahlah mendoakan kebaikan kepada mereka.  

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa


Sebab tu selalu ustaz ustazah pesan, doa yang haik-baik, cakap yang baik-baik juga, sebab doa tu akan berbalik kepada kita juga.

Gambar Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda:

'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih.

Maka, seperti hadis di atas.. marilah kita sama-sama saling mendoakan saudara mara, ahli keluarga, sahabat handai akan kebaikan dan kesejahteraan mereka. Maka Malaikat akan ikut mendoakan kita pula, doa-doa yang baik akan berbalik pula kepada kita.

Jadi, usah risau jika tak ada orang mendoakan kita selagi kita rajin berdoa untuk saudara dan sahabat kita. Doa-doa itu akan kembali kepada kita juga. Begitu pemurahnya Allah SWT, setiap perbuatan baik ada saja ganjarannya. Samada dibalas ketika kita hidup di dunia dan juga di akhirat.

Wallahu'alam..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.