Selain itu, dengan berdoa juga boleh menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Kita memohon kepada Allah, apa kita nak dalam hidup ini. Doakan sesuatu yang baik-baik dan positif, insya Allah, hasilnya juga yang baik-baik. Usah hiraukan negatif vibes yang cuba menggagalkan harapan dalam doa-doa kita. Okay ✌✌✌
Doa Untuk Diri Sendiri Dan Ahli Keluarga
Sama-sama kita baca dan amalkan doa ini, doa untuk diri sendiri dan keluarga semoga dilindungi dari segala anasir jahat dan dipermudahkan segala urusan.

Doa mohon ampunan dalam bahasa:
Qaalarabbighfirli
Wali'akhii wa'adkhilna fii rahmatika
Wa anta arhamarraahimiin
Maksudnya:
"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengsihani." - {al-A'Raf 7:151}
Doa dalam diam-diam kepada adik beradik dan saudara mara tersayang, amat disukai Allah. Kerana doa dalam diam mudah dimakbulkan kerana kita berdoa dengan ikhlas, tak disuruh atau dipaksa. Maka, Malaikat akan ikut mengaminkan doa tersebut dan berbalik semula kepada orang yang mendoakan itu.
Wallahu'lam.

Semoga terpelihara kita dan seluruh keluarga kita. Semoga diberi keampunan untuk semua dosa dosa lama
ReplyDelete