Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

28 Tanda Gangguan Makhluk Halus Dalam Perniagaan

28 Tanda Gangguan Makhluk Halus Dalam Perniagaan. Kita biasa dengar orang tabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Maksudnya rezeki kita kena kacau. Ada orang tak suka kita berjaya, tak suka bersaing dalam bisnes, kita tidak boleh lebih dari dia. Macam-macam.. 

Bila dah timbul rasa iri dan dengki dalam diri, pihak yang ketiga tentulah syaitan yang memang kerjanya nak menyesatkan umat manusia. Sesiapa yang tak kuat iman, terpengaruhlah dengan bemda-benda tahyul dan khurafat. Iman entah kemana, terbang melayang. Walau sealim atau waraknya kita.. bila nafsu dan dendam telah bermaharajalela, maka macam-macam amalan tahyul jadi kawan. Hilang sudah sifat kemanusiaan. Hinggakan sanggup membayar ribuan ringgit untuk mengenakan musuh atau pesaing bisnesnya. Na'auzubillah.. 

Allahuakbar!!

Pengalaman Orang Yang Kena Gangguan


"Kita biasa dengar buat org yang #berniaga.. Kedai Buka Tapi orang kata tutup, Org seolah tak nampak tempat yang mereka berniaga. Jika di biarkan tak buat sesuatu memang terus tutup la kedai tu.. Tapi sejak akhir2 ini ramai pula Pesakit yang datang kebanyakan  perniaga yang gunakan #Online, #Fb, #Instagram Dan macam-macam lagi.."

"Dulu perniaga ini kata, jika post di Fb, Instagram, banyak yang order. Kebanyakan customer tetap.. Tapi sekarang jangan nak order satu like pun payah nak dapat.. Sehingga buat #Abs Fb pun Iklan berbayar pun kurang sambutan mcm dulu.. Seolah org tak nampak Apa yg di post di fb.. Di group whatsap customer tetap pun tak ada sambutan.. Bukan sorang kita jumpa banyak sgt sejak akhir2 ini.."

Apakah sebabnya? Adakah kita semua terfikir? Ke mana bantuan kita nak tanyakan?

"Ada satu pesakit tu Bila sy ruqyah beliau terus Menjerit.. Beliau biz online jual semua jenis kek.. Bila di ruqyah beliau terus tidak Sedarkan diri..
Bila di Tanya dari Mana??

Di jawabnya, berhenti Kamu berniaga online skrg?? Aku tak suka!!!! Aku tak suka Kamu berniaga ko faham tak??

Saya bertanya kenapa Kamu dengki?


Dia jawab, Kerana Apa yg dia niagakan sama dgn Apa yg aku Niaga.. Aku buat dia sakit tangan, sakit belakang, sakit tengkuk belikat. Bila dia nak buat kek aku buat dia sakit kepala, Jadi malas, Megantuk... Bila org order aku buat dia tak semangat... Bila dia buat Iklan aku ganggu fikiran dia supaya ayat Iklan dia Jadi tak menarik membuatkan org tak suka melihat post beliau.... Hahahahahaha aku puas Hati sekrang, aku tengok Kat fb dia dah kurang buat Iklan.. Aku buat dia tak blh tidur malam,Jadi cepat marah2 pada suami Dan anak2.. Aku nak buat dia hidup dalam Tekanan... Hahahahahah ketawa Jin yang menumpang tersebut... {inilah pengalaman ustaz yang merawat mangsa terkena gangguan..}

28 Tanda Gangguan Makhluk Halus Dalam Perniagaan


Ramai di luar sana tak pasti sama ada dalam diri mereka ada gangguan @ tidak.. Ramai juga pada zaman sekarang Masih Tak Mempercayai tentang gangguan Makhluk halus ini..

28 Tanda Gangguan Makhluk Halus Dalam Perniagaan


Bagi seseorang yang terkena gangguan, beliau mesti lah mempuyai tanda-tanda di bawah..

Antaranya:

1) Kerap sakit belakang, dari tengkuk belakang, belikat bahu Kerap Rasa Tak selesa. Manakala tangan Juga Kerap lenguh kebas

2) Kerap sakit kepala, ubun2 menyucuk2, dahi Kerap berat ..Walaupun makan ubat sakit tetap Tak hilang.

3) Kerap sedawa, kembung perut, dada Kerap sesak nafas, tarik nafas seolah sangkut cungap. Kerap rasa seperti tercekik.

4) Kerap berdebar2 takut tanpa sebab, Tiba2 badan berpeluh, resah gelisah tanpa sebab..Takut berhadapan dengan orang, Kerap berkurung dalam bilik.Tidak suka berdepan orang ramai

5) Kerap bisa kaki, bangun pagi tapak kaki menyucuk2, bisa tangan..

6) Rambut banyak gugur Walaupun dah macam produk pakai tetap gugur rambut

7) Kerap terbau busuk ,hanyir ,bau colok, kemenyan, setanggi, Kapur barus di dalam rumah

8) Kerap ternampak kelibat bayangan hitam Dan putih..

9) Kerap terdengar rumah di ketuk,dengar guli atas rumah, dengar ketuk sambal ,dengar tarik kerusi meja rumah,Dengar belaga sudu

10) Bila tidur seoalah di perhatikan seseorang seperti kelibat hitam

11) Kerap beremosi ,cepat marah pada pasangan suami@isteri.. Cepat marah pada anak benda kecil mudah jadi besar

12) Kerap rindu ,sayang pada seseorang Yang Kita pernah sayang..Tapi hati tiada pada beliau (Sihir pengasih&Pemisah)

13) Mata Kerap megantuk bila masuk tengahari di tempat kerja lesu

14) Gelisah tanpa sebab di waktu malam ,jadi sukar tidur malam

15) Kitaran haid Tak normal,Kerap menyucuk2 Kiri Dan kanan perut.Kerap berdenyut2 di atas ari2

16) Kerap bermimpi menyusukan budak kecil,bermain budak kecil, dukung budak kecil,di beri org budak kecil

17) Kerap mimpi Jatuh tempat tinggi,mimpi tempat Kotor najis Dan sebagainya.

18) Kerap bermimpi Banjir yang menakutkan

19) Kerap bermimpi bersetubuh oleh orang yg Tak di kenali

20) Kerap mimpi org tua, Nenek Tua,

21) Kerap mimpi suami@isteri Curang dgn orang lain

22) Kerap mimpi orang mati

23) Kerap mimpi di kejar seseorang Tak di kenali

24) Mimpi sesat dalam hutang

25) Mimpi pergi rumah kampung lama

26) Mimpi binatang berbisa seperti Ular,jengking, harimau, buaya

27) Mimpi makan benda kotor, makan najis

28) Mimpi Orang yang Kita kenal tanpa sebab tapi kerap mimpi beliau

Itu lah tanda-tanda yang kerap berlaku pada seseorang yang Terkena gangguan Makhluk halus.. Sama Ada gangguan Sihir Pemisah, Sihir pengasih, santau, saka keturunan, tanda-tanda gangguan lebih kurang sama sahaja seperti di atas. Nasihat Saya jika lebih daripada 5 tanda2 di atas pergilah rawatan Islam berhampiran anda. Jangan lambat di ubati.

Moga di jauhkan semuanya di atas berlaku pada diri Kita, pasangan Kita Dan family Kita. Aamiin..

Mohon agar Allah SWT melindungi kita dan keluarga kita semua dari syaitan yang direjam, fitnah dajjal dan dari kejahatan manusia.

Semoga bermanfaat. 

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close