Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Apakah Hukum Jana Income Dari Live Streaming PUBG?

Apakah Hukum Jana Income Dari Live Streaming PUBG? PUBG di Facebook adalah satu game online yang banyak dimainkan oleh generasi zaman sekarang dan diiktiraf sebagai E-sport oleh kerajaan Malaysia. So, ia di antara salah satu sukan maya sepertimana e-sport yang terdahulu. PUBG atau PlayerUnknowns Battle Ground mula diinspirasikan dari game terkenal Jepun Battle Royale sejak tahun 2000. Anak-anak saya mula bermain PUBG sejak 5 tahun kebekakangan. Saya pun tak berapa pasti. Kemudian, saya ada terbaca ramai yang sudah boleh jana income sebagai PUBG live streamers dengan mengumpul stars yang diberikan oleh peminat dan followers gamers tersebut. 

Jadi, bagaimanakah income live streaming PUBG itu dikategorikan? Adakah income tersebut halal? Atau sebaliknya. Kerana bila kita bayangkan.. biasa dalam live streaming.. macam-macam terjadi, seperti perkelahian mulut, gamers yang berpakaian agak kurang sopan, kita jadi lalai duduk depan komputer berjam-jam dan macam-macam lagi. Sekadar menulis apa yang saya nampak.. jadi apakah income mereka itu halal? Adakah cari income dengan cara begitu dibenarkan dalam islam?


Apakah Hukum Jana Income Dari Live Streaming PUBG?


Assalamualaikum, apakah hukum menjana duit pendapatan hasil daripada penstriman langsung (live streaming) video aplikasi game “PUBG” di Facebook? Khususnya bagi mereka yang melakukan secara sepenuh masa. Mohon penerangan daripada Mufti.

Apakah Hukum Jana Income Dari Live Streaming PUBG?


Jawapan Ringkas


1- Hukum asal menjana pendapatan melalui penstriman langsung PUBG melalui sumbangan stars peminat adalah harus.

2- Hukum boleh berubah menjadi makruh bahkan haram sekiranya terdapat elemen lain yang mengubah keharusannya seperti bermain sehingga meninggalkan kewajipan solat dan kewajipan lain-lain, tidak menutup aurat, bercakap dengan tidak sopan dan lain-lain.

3- Sentiasa mengutamakan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

4- Mengambil peluang untuk menyebarkan kebaikan dengan mengajak followers berbuat kebaikan dan amal kebajikan.

Umumnya, hukum bermain PUBG adalah harus jika bermain dengan kadar yang berpatutan. Namun, kami cenderung memakruhkan permainan PUBG jika bermain secara berlebihan kerana terdapat unsur-unsur yang membuang masa, bahkan hukumnya boleh menjadi haram sekiranya pemain itu melanggar batas-batas yang ditetapkan syarak serta meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang muslim seperti solat, melawan dan meninggikan suara kepada ibu bapa kerana tidak mahu berhenti bermain dan lain-lain.

Bagi rujukan lebih lanjut berkenaan hukum bermain PUBG, boleh lihat artikel kami di https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3992-bayan-linnas-siri-220-pubg-pandangan-dari-sudut-syarak-syarak.

Untuk penerangan lanjut dari jawapan di atas, ada huraian dengan hadith dan ayat al Quran yang dikongsikan oleh pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

Anda memang digalakkan untuk membaca penerangannya di pautan berikut;


Semoga bermanfaat.

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments