Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kesan Jangka Panjang Bagi Orang Yang Stress

Kesan Jangka Panjang Bagi Orang Yang Stress. Semua orang ada sedikit sebanyak mengalami stress dalam kehidupan mereka. Ada yang stress sebulan sekali, ada yang tiap-tiap hari stress. Dan ada pula, stress tapi buat-buat rileks dan tenang. Yang ini, dia memang kuat. Sebab dia tak terikut-ikut dengan emosi.

Stress boleh disebabkan oleh banyak faktor antaranya bebanan kerja, masalah kewangan, suka berfikir yang bukan-bukan, tidak percaya diri dan banyak lagi. 

Bila banyak sangat berfikir, maka fizikal dan mental jadi penat. Hilang fokus dalam apa yang dilakukan. Maka, carilah cara nak hilangkan stress anda itu. Boleh bertanya kepada pakar kesihatan, berbual dengan orang yang lebih matang, dapatkan vitamin tambahan untuk tubuh dan banyak lagi. Jangan biarkan stress anda berlanjutan tanpa rawatan. 


Kesan Jangka Panjang Bagi Orang Yang Stress


Stress memang satu cara hidup yang tak bagus. Jangan diikutkan rasa hati yang penuh geram, campur aduk, kurang fokus kerana itu akan menyebabkan stress. Stress kesannya berpanjangan. Ia kena dirawat.

Kesan Jangka Panjang Bagi Orang Yang Stress

Kesan stress antaranya:

1. Degupan jantung laju walaupun sedang berehat

2. Tekanan darah memuncak

3. Sakit otot, sendi, tengkuk dan pinggang

4. Berat badan turun naik seperti yoyo

5. Sakit kepala, migrain dan jadi pelupa

6. Selalu demam selsema

7. Naik jerawat atau ruam kulit

8. Sukar lelapkan mata

9. Gula dalam darah turun naik

Adakah anda mengalami simptom seperti di atas, jika ya.. bermakna anda sedang mengalami kesan stress dalam jangkamasa panjang.

Stress kena dirawat. Kalau sebagai seorang muslim, antara cara mudah merawat stress adalah dengan berzikir. Ini terapi paling mujarab dan percuma. Mudah nak dibuat, walau di mana anda berada. 

Semoga sedikit perkongsian tentang stress dapat memberikan anda manfaat dan jalan keluar untuk mengatasinya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close