Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi. Nak masak apa hari ini? Tak ada idea nak masak? Saya pun sama, muak dah tiap hari makan ayam. Bila ikutkan si bujang kat rumah ini, memang ayam la kesukaannya. Tapi, takkan setiap hari lauk ayam.. kenalah variasi kan? Bila fikir balik ada kembung hijau dalam freezer, terus keluarkan dan cuci sekejap. Biarkan seketika, sebab masih keras. So, hari ni mehlah kita masak kembung hijau lemak cili padi. Kita buat pedas sikit, okay..
Kembung hijau ni besar sikit saiz ikan dia, kalau masak berkuah pun sedap. Kalau ikan kembung biasa yang saiz kecil tu, saya prefer goreng garing dengan kunyit dan garam.
Ikan Kembung Hijau Masak Lemak Cili Padi
![]() |
Ikan kembung hijau lemak cili padi - abaikan kuali legend saya tu.. hehe |

4 ekor ikan kembung hijau besar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 inci kunyit hidup @ 2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
10 tangkai cili padi hijau - kisar
3 tangkai cili padi merah - kisar
1 kotak santan - bancuh dengan air dulu
Garam dan gula secukupnya
Serbuk perisa, jika suka
Cara penyediaan Ikan Kembung Masak Lemak Cili Padi
1. Goreng ikan kembung hijau yang telah dilumur dengan garam dan kunyit sekejap. Ketepikan.
3. Masukkan asam keping dan kacaukan.
4. Masukkan ikan kembung hijau tadi. Gaul dan sebatikan dengan bahan tadi.
5. Kemudian, masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata.
6. Periskan dengan garam dan gula.
7. Kecilkan api, biar mendidih. Bila ikan dah masak, matikan api.
Tips:
1. Bila masak berkuah ikan kembung hijau, saya akan masukkan ikan kembung dulu barulah masukkan santan (kan ikan dah di goreng tadi. So, takkan hancur). Sebab ikan kembung hijau ni, isi ikannya kenyal, tak mudah hancur. Bila dah masak pun, isinya masih lagi keras. So, tak risau isinya hancur.

Selamat mencuba kepada yang nak memasak lemak cili api ikan kembung hijau. Semoga suksess. Jumpa lagi di lain resepi ya..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.