Tetapi, ini hanya petua sementara. Jika luka teruk, kena pergi hospital ya. Petua rawatan bekas terkena air panas ni hanyalah sementara, ketika belum sampai hospital.
Namun jika bekas terkena air panas atau minyak panas tu tak teruk sangat, boleh je guna petua yang saya kongsikan ini. Okay.. Jangan panik ya...
![]() |
| Gambar hiasan |
Petua Rawatan Terkena Minyak Dengan Air Garam
Tapi, kalau tak dapat cari telur atau tepung, bolehlah dibancuh air larutan garam.
Caranya;
Bancuh larutan agar pekat atau likat dan tidak terlalu cair. Sapukan larutan garam tu dengan perlahan-lahan ke tempat yang melecur dan biarkan ia mengering dengan sendiri. Setelah kering, jangan pula dibasuh dengan air. Biarkan saja dan rasa panas dan pijar akan hilang sedikit demi sedikit.
Hasilnya memang berkesan. Rasa pijar dan pedih dah hilang. Warna merah bekas terkena minyak panas pun hilang.
Kisahnya, tadi saya sedang goreng ikan. Bila proses nak balikkan ikan, tetiba ikan tu meletup. Memercik dekat jari kiri saya dan pergelangan tangan kanan. Panik sekejap. Mula tu letak kicap. Eh! Nanti bekas luka jadi hitam. Basuh kejap. Cari garam. Itu je yang mudah kat dapur kan?
Lepas sapu dengan air garam pekat, dalam 15 minit rasa pijar tu hilang dah.. Alhamdulillah.
So, kalau korang berada di tempat saya, jangan panik atau risau, ok!
Selamat mencuba.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.